Polis Main-Main Kesabaran Rakyat?

Himpunan Bersih Sabtu tertakluk pada kelulusan permit, kata polis

Oleh Clara Chooi


KUALA LUMPUR, 6 Julai – Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar mengingatkan Bersih 2.0 agar memohon mendapatkan permit bagi perhimpunan Sabtu ini sambil menegaskan, kegagalan berbuat demikian bermakna ia akan dianggap sebagai satu perhimpunan tidak sah.

Bercakap pada sidang media di Bukit Aman di sini petang ini, Khalid berkata sehingga kini sekretariat Bersih 2.0 belum memaklumkan ataupun memberitahu pihak polis tentang rancangan perhimpunan mereka meskpin pentadbiran Najib bersedia untuk menyediakan stadium.

“Tiada panggilan daripada mereka, tiada maklumat,” kata beliau.

Semalam, sekretariat Bersih 2.0 membatalkan perhimpunan di jalanan sebaliknya sanggup menerima tawaran agar ia diadakan di stadium.

Apabila ditanya bahawa Bersih 2.0 sudah pun mendapat lampu hijau daripada kerajaan untuk mengadakan perhimpunan di stadium, Khalid berkata:

“... (Pengerusi Bersih 2.0) Datuk Ambiga, bekas presiden Majlis Peguam. Beliau harus tahu undang-undang.”

Bagaimanapun beliau memberi jaminan bahawa urusan memproses permohonan permit akan dipercepatkan dengan mengambil kira keadaan semasa.

“Kami akan mengutamakan permohonan mereka. Lazimnya, permit perlu dipohon sekurang-kurangnya seminggu sebelum majlis. Jadi, mengapa kami memberikan keutamaan? Sebab, kerajaan sudah pun membenarkan mereka mengadakan perhimpunan di stadium, kami akan bekerjasama dan kami akan,” katanya.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg9_ChJlZvYDgA9tk6nTfwRNUCQc_iBQUfAQ6yfmG23M3zSnbDLe1bxY0PVL_LbSJHP0TJY8BiQqdmVwudzcp1f72aHcABfkExA3Hk7TRu-CE0lTq4LGHLkVguMD-FvNzdWOwUt8-RmxR0/s1600/JALANRAYA.jpg

No comments

Powered by Blogger.