Polis teruskan tangkapan, MP Bakri antara lima ditahan

Oleh Clara Chooi

KUALA LUMPUR, 3 Julai — Enam anggota DAP termasuk Ahli Parlimen Bakri Er Teck Hwa ditahan polis pagi ini ketika majlis gotong-royong, dipercayai sebahagian daripada aktiviti Bersih 2.0 yang diharamkan dua hari lalu.

Keenam-enam mereka yang mengenakan kemeja-T, yang membawa reka bentuk yang berbeza daripada logo Bersih 2.0, ditahan di pasar Taman Pelangi, Johor Baru ketika mengedarkan risalah kepada orang ramai.

Meskipun menjelaskan kepada polis bahawa mereka hanya mengadakan program komuniti bertemakan “Negara Bersih, Rakyat Bertuah”, tetapi telah dibawa ke balai polis Taman Pelangi.

Enam mereka termasuklah Er, ketua Pemuda Sosialis DAP Johor Tan Hong Pin, naib ketuanya Jason Josob, anggota jawatankuasa DAP Johor Chen Kah Eng, setiausaha DAP cawangan Taman Bukit Indah Yan Boon Meng dan penolong pengarah pendidikan politik DAP Johor Tang Chee Kia.

Polis telah menahan lebih 100 orang di bawah tindakan menjelang Himpunan Bersih 2.0 dan menahan enam orang di bawah Ordinan Darurat.

Semalam, Putrajaya mengumumkan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram berkuat kuasa semalam.

Bersih 2.0 mahu terus mengadakan perhimpunan pada Sabtu ini.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg9_ChJlZvYDgA9tk6nTfwRNUCQc_iBQUfAQ6yfmG23M3zSnbDLe1bxY0PVL_LbSJHP0TJY8BiQqdmVwudzcp1f72aHcABfkExA3Hk7TRu-CE0lTq4LGHLkVguMD-FvNzdWOwUt8-RmxR0/s1600/JALANRAYA.jpg

No comments

Powered by Blogger.