Rakyat diperlihatkan kerosakan sistem demokrasi Malaysia
Oleh Ahmad Syukri Ab Razab
1. Politik Fitnah.
Sejak BERSIH 2.0 mengumumkan untuk mengadakan perhimpunan aman dibandar Kuala Lumpur awal tahun ini, pelbagai reaksi negatif timbul khususnya daripada kumpulan pro-UMNO seperti PERKASA dan Pemuda UMNO sendiri. Bermacam-macam fitnah dilemparkan terhadap BERSIH 2.0 seperti cubaan merampas kuasa dan membuat negara menjadi huru hara.
Tidak cukup dengan itu, PERKASA melalui Ibrahim Ali dengan berani cuba memainkan isu perkauman semata-mata ingin mencemar imej perhimpunan aman BERSIH. Koordinator utama BERSIH 2.0 iaitu Ambiga diserang dengan isu isu peribadi yang tidak berkait langsung dengan dasar perlaksanaan himpunan BERSIH 2.0.
2. Salah guna kuasa Polis.
Aktivis dan penyokong BERSIH 2.0 juga terpaksa berhadapan dengan tekanan demi tekanan yang dilancarkan oleh pihak berkuasa. Belum pun sempat BERSIH 2.0 di jalankan, sudah lebih daripada 100 orang ditahan akibat kesalahan yang dikaitkan dengan BERSIH 2.0. Malah enam orang aktivis PSM menerima nasib yang lebih buruk apabila ditahan di bawah Ordinat Darurat atas alasan yang amat tidak munasabah. Mahasiswa amat yakin segala tindakan drastik yg dilakukan pihak Polis ini adalah untuk menakutkan orang ramai dan secara langsung menggambarkan BERSIH 2.0 sebagai pencetus kekacauan.
3. Ketidakadilan Media Arus Perdana.
Media arus perdana pula terus menjadi agen yang lebih memburukkan imej BERSIH 2.0 apabila memainkan propaganda kononnya BERSIH 2.0 akan menyebabkan negara menjadi huru hara sekaligus memungkinkan kerajaan terpaksa mengisytihar darurat. Semua fitnah ini dicanang kepada rakyat tanpa memberi sedikitpun ruang untuk pihak BERSIH 2.0 memperjelaskan keadaan sebenar kepada rakyat.
4. Memperalat institusi agama.
Amat mengejutkan apabila khutbah di beberapa masjid utama pada Jumaat yang lepas telah mengecam himpunan BERSIH 2.0 secara terbuka. Sedangkan khutbah Jumaat sepatutnya tidak menyentuh perkara perkara sensitif apatah lagi perkara yang berbaur fitnah. Namun pihak kerajaan kelihatan terlalu terdesak sehingga sanggup menggunakan mimbar Jumaat untuk menabur fitnah terhadap BERSIH 2.0.
5. Tidak menghormati institusi Beraja.
Keakuran BERSIH 2.0 terhadap titah YDPA Tuanku Mizan membuktikan perhimpunan yang dirancang oleh BERSIH 2.0 sememangnya bersih daripada sebarang anasir negatif yang digembar gemburkan oleh pihak pihak yang tidak bertanggungjawab. Berteraskan lapan tuntutan yang rasional, BERSIH 2.0 akur kepada titah YDPA Tuanku Mizan yang mahukan masalah diselesaikan secara lebih baik dan bukannya dengan cara unjuk rasa di jalanan. Keakuran ini membuktikan bahawa BERSIH 2.0 konsisten niat asas penubuhan iaitu ingin mereformasi sistem Pilihanraya di malaysia.
Jika PERKASA menuduh BERSIH 2.0 adalah gerakan yang tidak patriotik, maka ketaatan BERSIH 2.0 kepada titah YDPA Tuanku Mizan telah menafikan tuduhan tersebut. Malah mahasiswa juga mempersoalkan tindakan Menteri KDN yang secara gopoh mengumumkan BERSIH 2.0 sebagai gerakan haram dan mengugut untuk menggunakan ISA untuk menghalang himpunan 9 Julai. Menteri KDN terpaksa menjilat ludah sendiri apabila YDPA Tuanku Mizan menerima sembah menghadap pihak BERSIH 2.0 yang akhirnya dibenarkan berhimpun di stadium. Menteri KDN sepatutnya perlu memohon maaf kepada pihak BERSIH 2.0 secara terbuka kerana bertindak melulu.
Maka dengan perkembangan terkini BERSIH 2.0, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) berpendirian untuk :
1. Menggembeleng seluruh tenaga mahasiswa ke stadium di mana himpunan BERSIH 2.0 akan dijalankan.
2. Akan mengerahkan segenap tenaga mahasiswa untuk menerangkan lapan tuntutan BERSI 2.0 kepada rakyat melalui edaran 1000 air mineral dan 1000 tuala tangan selama seminggu bermula di Kuala Lumpur pada 9 Julai.
3. Menolak kepimpinan Menteri di Kementerian Dalam Negeri dan menggesa agar beliau segera melepaskan jawatan.
4. Menggesa pihak kerajaan agar melaksanakan transformasi media arus perdana agar lebih adil dan tidak menjadi agen politik fitnah
5. Menyeru agar seluruh pertubuhan agama Islam di Malaysia menyuarakan bantahan terhadap Kerajaan Malaysia agar menghormati institusi agama dan tidak menggunakan institusi tersebut untuk kepentingan tertentu.
Ahmad Syukri Ab Razab selaku Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia.

No comments
Post a Comment