Rosmah Ajar Wanita Kelantan Jangan Main 'Cah Keting'

Wanita Perlu Jauhi Budaya Cah Keting - Rosmah Mansor

KOTA BAHARU: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata golongan wanita perlu menjauhi budaya 'cah keting' atau tikam belakang, dalam menghadapi suasana kehidupan masa kini terutama dalam dunia politik yang semakin mencabar.

Rosmah, yang juga Yang Dipertua Badan Amal Dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri berkata apa yang penting adalah golongan wanita perlu menerima di antara satu sama lain dan bersedia memberi sokongan serta galakan demi kejayaan bersama.

"Dalam suasana masa kini yang agak mencabar, harapan saya agar wujudnyakesepakatan di antara kaum wanita.

"Wanita seharusnya menjauhkan budaya cah keting, jatuh menjatuhkan sesamasendiri, mahupun hasut menghasut, dalam keadaan kita menghadapi pilihan raya,sikap sedemikian tidak harus mendapat tempat di kalangan wanita," katanya semasa berucap pada Majlis Minum Petang Bersama Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Negeri Kelantan di sini Sabtu.

Majlis itu dihadiri lebih 17 Badan Bukan Kerajaan (NGO) berteraskan sosialdan kebajikan.

Seramai 105 anak yatim terdiri daripada pelajar Pertubuhan Puteri Islam diseluruh sekolah di Kelantan termasuk Sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK)menerima sumbangan wang tunai.

Mengenai pencapaian wanita Kelantan, Rosmah berkata masih ramai kaum Hawa diKelantan yang memerlukan pembelaan dan bantuan.

Rosmah berkata selain daripada golongan ibu tunggal dan peniaga kecil,usahawan wanita juga memerlukan sokongan dan bimbingan sewajarnya.

"Jika kebajikan kaum wanita tidak dijaga, maka ia akan sedikit sebanyakmenjejaskan keharmonian institusi kekeluargaan kerana golongan wanita adalahpelengkap kepada keutuhan ekonomi keluarga," katanya. - BERNAMA


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg9_ChJlZvYDgA9tk6nTfwRNUCQc_iBQUfAQ6yfmG23M3zSnbDLe1bxY0PVL_LbSJHP0TJY8BiQqdmVwudzcp1f72aHcABfkExA3Hk7TRu-CE0lTq4LGHLkVguMD-FvNzdWOwUt8-RmxR0/s1600/JALANRAYA.jpg

No comments

Powered by Blogger.