Forum ‘Mat Indera – Pejuang atau Pengkhianat Kemerdekaan’
(Oleh: Nabihah Hamid)
KUALA LUMPUR: Satu forum bertajuk ‘Mat Indera – Pejuang atau Pengkhianat Kemerdekaan’ akan diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor KLSCAH yang bertempat di Jalan Maharaja Lela, Kuala Lumpur pada 7 September ini.
Tiga ahli panel yang diundang untuk mengupas isu ini ialah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan ahli akademik Prof Dr Abdul Aziz Bari dan aktivis sosial Hishamudin Rais.
Forum yang terhad kepada 150 peserta terawal bakal berlangsung jam 8.15 malam hingga 10.30 malam bagi membincangkan mengenai tokoh seperti Mat Indera yang terlibat dalam serangan di rumah Pasung Bukit Kepong pada 1950.
Mohammad Sabu pada 21 Ogos lalu memetik nama Mat Indera atau nama sebenarnya Muhammad Indera di dalam ceramahnya dengan menggambarkan beliau sebagai pejuang sebenar yang menentang penjajah British.
Ekoran itu sejarah mengenai Mat Indera yang tidak banyak diketahui mula diperkatakan banyak pihak apabila media arus perdana melabelkan Mat Indera pengganas dan bersubahat dengan komunis.
Mat Sabu menjadi sasaran serangan bermula dengan laporan Utusan Malaysia pada 27 Ogos lalu yang mendakwa pemimpin kanan PAS tersebut mengiktiraf perjuangan komunis.
Susulan itu, Mat Sabu menafikan tuduhan itu dan menganggap serangan bertali arus menyatakan beliau penyokong dan mendewakan fahaman komunis sebagai keterlaluan dan menjijikkkan.
Dalam perkembangan berkaitan, Pas tetap mempertahankan pendiriannya bahawa Mat Indera adalah tokoh yang menentang penjajah.
Harakahdaily melaporkan Pusat Penyelidikan PAS (PPP) akan membukukan biografi Mat Indera termasuk mewawancara mereka yang mengenali allahyarham terutama keluarga terdekat.
Penyelidikan itu akan turut memasukkan fakta yang ditulis dalam memoir tokoh pejuang kemerdekaan seperti Shamsiah Fakeh yang mengakui bahawa Mat Indera tidak pernah menyertai Parti Komunis Malaya (PKM).
Ia termasuk keterangan saksi, seorang anggota polis marin bernama Abu Bakar yang terselamat dalam serangan di Bukit Kepong yang menyatakan Mat Indera tidak menyerang, sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis yang terlibat.
Mat Indera turut dikatakan hanya bertanggungjawab memberikan arahan untuk menangkap beberapa orang anggota polis yang berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina, ketika serangan itu dilakukan.
Biografi itu merupakan sebahagian usaha mengkoreksi semula sejarah perjuangan Mat Indera seperti dilakukan Yayasan Warisan Johor dalam buku “Pengukir Nama Johor” yang diterbitkan pada 2004.
Buku itu diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Johor apabila Menteri Besar Johor sendiri telah memberikan prakata di muka hadapan buku ini.

No comments
Post a Comment