Kenapa Najib Dan MB Selangor Ketawa Bersama?

http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/538999_328093997291737_309421909_n.jpg

Dakwaan Nik Aziz hanya omong kosong, kata Veteran Umno

2 Februari 2013

KUALA LUMPUR - Dakwaan Musyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa hanya parti itu yang mampu menjuarai dan menyatukan umat Islam di Malaysia adalah satu 'omong kosong' dan tidak berlandaskan fakta sebenar, kata Setiausaha Veteran Umno Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub.

Beliau berkata, ini dapat dilihat daripada tindak tanduk Pas sendiri, antaranya enggan bekerjasama dengan Umno yang telah menghulur salam persahabatan penuh ikhlas demi menjuarai umat Islam serta merealisasikan perpaduan orang Melayu di negara ini.

"Jika Nik Aziz mahu berkata demikian, tunjukkan bukti bahawa Pas ikhlas menjuarai umat Islam dan mahu orang Melayu bersatu. Apakah mengkafirkan dan memurtadkan orang Melayu beragama Islam dalam Umno dianggap sebagai menjuarai Islam?

"Umno sejak sekian lama memperjuangkan Islam dan orang Melayu di Malaysia, jadi mengapa Pas tidak boleh bekerjasama dengan Umno dengan matlamat yang sama? Pas tidak boleh bekerjasama dengan Umno hanya kerana Pas tidak mempunyai niat memperjuangkan umat Islam dan Melayu seperti Umno," katanya kepada Bernama.

Rabu lepas ketika mengulas pemecatan Nasharudin Mat Isa daripada Majlis Ulama Pas, Nik Aziz dilaporkan berkata bekas Timbalan Presiden Pas itu boleh menyertai mana-mana parti termasuk Umno, namun menegaskan hanya Pas yang mampu menjuarai dan menyatukan umat Islam di Malaysia.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula dilaporkan berkata, partinya tidak boleh bekerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam perkongsian kuasa di negara ini kerana parti itu (BN dan Umno) tidak tahu memerintah.

Mustapha turut mempersoal mengapa Pas masih sanggup bekerjasama dengan DAP yang secara jelas cuba memperlekeh Islam apabila Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng mahu kerajaan membenarkan kalimah ALLAH dibenarkan dalam Bible versi bahasa Melayu.

"Adakah bekerjasama dengan DAP itu ini mampu merealisasikan usaha Pas menjuarai umat Islam dan agama Islam ? Ataupun kenyataan Nik Aziz itu sebenarnya hanya sebuah retorik politik bertujuan untuk mendapatkan sokongan," katanya.

Beliau berkata Umno sejak sekian lama telah menjuarai umat Islam di negara ini malah telah menjadi juara umat Islam di serata dunia antaranya di Palestin, Filipina dan Bosnia Herzegovina.

"Kerajaan Umno memainkan peranan penting dalam banyak isu antarabanysa melibatkan umat Islam antaranya perjanjian damai antara Bangsamoro dan kerajaan Filipina serta isu umat Islam di Palestin.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang juga Presiden Umno sanggup pergi ke Gaza bagi membantu umat Islam yang ditindas regim zionis Israel di sana. Rakyat boleh menilai sendiri mengapa Pas masih enggan bekerjasama dengan Umno yang jelas menjuarai umat Islam serata dunia," katanya. - Bernama

kahkahkahkahkahkahkahkah.....

No comments

Powered by Blogger.