Nabila Bosan Hidup 'Berlandaskan' Agama Islam?
Pelakon yang selalu mencetuskan kontroversi itu sempat memuat naik status Twitternya yang berbunyi, “diving salah, swimming salah, tengok live band salah, pergi club jahat, pakai seluar pendek jahat, merokok jahat. Terlalu banyak peraturan. Saya bosan”.
Nabila, 29,yang juga seorang ibu tunggal sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila dia tampil seksi pada Anugerah Blockbuster sehinggakan bapanya, Amy Search turut terpanggil untuk membuat kenyataan berhubung perkara tersebut.
Hmmm, mungkin orang tegur tu kerana sayang kat awak, Nabila.
Memang tak salah untuk berseronok tetapi berpada-padalah kerana awak tu merupakan seorang public figure, sudah tentu segala perlakuan anda sentiasa diperhatikan oleh masyarakat.
Barangsiapa yang melihat kemungkaran hendaklah ia mencegahnya dengan tangannya (kuasa), jika ia tidak mampu maka hendaklahlah ia mencegah dengan lisannya, jika ia tidak mampu hendaklah ia mencegah dengan hatinya. Dan yang demikian itulah selemah-lemah iman. (riwayat Muslim).
Hadis ini ditujukan kepada setiap umat Islam. Ini bermakna setiap umat Islam itu mampu untuk melaksanakan tanggungjawab ini dan ia merupakan tugas asasi bagi pendakwah mengikut kemampuan dan tanggungjawabnya. Menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran merupakan salah satu sifat yang baik antara sifat-sifat seorang Muslim.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong kepada setengah yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang.
Ibn Taimiyah pernah berkata, ‘Setiap manusia di atas muka bumi ini hendaklah menyeru kepada kebaikan dan melarang kemungkaran. Ia patut melakukannya walaupun terhadap dirinya sendiri dengan cara yang baik atau sebaliknya’.
Ibn al-Arabi al-Maliki pula berkata, ‘Menyeru kepada kebaikan dan melarang kemungkaran merupakan asas agama dan salah satu daripada tiang agama yang ditegakkan oleh umat Islam dan khalifah Tuhan sekelian alam. Ini merupakan tujuan utama Allah s.w.t. mengutuskan para nabi dan fardhu atas seluruh manusia sama ada berdua atau bersendirian mengikut kemampuannya’.
No comments
Post a Comment