Malaysia markah ‘D’ rasuah beli senjata api – Lt Jen (B) Ghafir



KUALA LUMPUR 19 FEB: Transparency International (TI), sebuah badan bebas penilai antarabangsa meletakkan Malaysia di kedudukan ‘D’ pada skala rasuah pembelian senjata api, kata Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid.

“Kategori A – negara itu tiada risiko rasuah. Kalau ‘F’ negara itu paling banyak korupsi dalam proses pembelian senjata.

“Negara kita dikategori sebagai ‘D’ bersama Rwanda, Tanzania dan China. Malu kita,” kata bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat itu pada 16 Februari lalu.

IMG_8136TI yang berpangkalan di United Kingdom baru-baru ini menyiarkan senarai negara yang terlibat dengan rasuah dalam proses pembelian senjata.

Laporan Government Defence Anti Corruption Index itu melakukan kajian antara Julai 2011 hingga November 2012, dengan mengkaji kementerian pertahanan melibatkan 82 negara.

Australia dan Jerman di tangga teratas dengan penarafan ‘A’ manakala Korea Selatan dan Taiwan tertinggi di kalangan negara Asia dengan memperoleh ‘B’ sementara Jepun ‘C’.

Dalam kalangan negara Asean, Singapura dan Thailand menduduki tangga teratas.

Malaysia mendapat markah terendah dari sudut kewangan dan operasi dengan hanya memperoleh 25 peratus dan 10 peratus untuk jumlah mata 100 peratus dalam kajian itu.

“Kita tahu banyak peruntukan dari wang rakyat dan perbelanjaan Kementerian Pertahanan hilang dan hanya menguntungkan segolongan kecil.

“Sudah masanya kita bertindak dan memilih kerajaan yang amanah dan menumbangkan kerajaan korup ini,” kata Ghafir.

No comments

Powered by Blogger.