Alhamdulillah!! - Dr Mahathir kembali menjadi Melayu.

Sejak akhir-akhir ini Tun Dr Mahathir seringkali membuat kenyataan-kenyataan politik dan nampaknya beliau masih berpolitik. Kali ini Dr Mahathir bercakap agak lantang tentang Melayu dan beliau menarik perhatian ramai. Setelah bersara dari jawatan tertinggi negara, beliau lantang pula bercakap tentang mempertahankan Melayu.

Isu perkauman memang ‘forte’ politik Dr Mahathir kerana beliau menaikki tahkta kuasa negara melalui imej ‘ultra’ Melayu selepas sahaja beliau ditewaskan oleh Murshidul Am Pas Haji Yusuf Rawa dikawasan Kota Setar pada tahun1969 dahulu.

Dr Mahathir sememangnya mendapat tempat kerana memainkan isu Melayu dan perkauman yang kuat. Malahan apabila beliau mula-mula dilantik oleh Husein Onn pada tahun 1976 sebagai Timbalan Perdana Menteri, kaum asing terutamanya kaum Cina mempunyai kesangsian yang tinggi untuk menerima beliau sebagai pemimpin negara dan bakal menggantikan Husein Onn sebagai Perdana Menteri.

Beliau tewas dalam pilihanraya itu kerana kehilangan sokongan kaum Cina dikawasan Kota Setar. Beliau telah menyalahkan semua pihak termasuk Tunku Abd Rahman dan beliau telah membuat kenyataan-kenyataan perkauman dan dalam sekelip mata beliau dianggap sebagai ‘ultra’ Melayu.

Perlembagaan telah menentukan keistimewaan orang Melayu terjamin melalui Bab 153 tetapi perlembagaan juga telah mempastikan setiap penduduk yang berbangsa lain itu juga dipertahankan. Peruntukkan ini bukannya peruntukkan baru. Ianya telah diperuntukkan sejak Perjanjian Kemerdekaan lagi dan ianya telah meletakkan setiap rakyat dijamin tentang keselamatan setiap bangsa yang ada didalam negara ini.

Keadaan kucar kacir yang kita dengar dan lihat sekarang ini adalah perbuatan pemimpin-pemimpin kita yang bermain politik seperti bermain api. Api semasa kecil menjadi kawan tetapi jika ianya membesar akan menjadi lawan. Saya menyalahkan setiap pemimpin, tidak kira pemimpin UMNO atau pun pemimpin komponen yang lain khususnya MCA.

BN tidak boleh menggunakan isu-isu perkauman untuk mendapatkan undi dan sokongan kerana isu itu hanya laku dalam pilihanraya-pilihanraya yang lalu. Mendapat sokongan dengan menakut-nakutkan, menekan serta memaksa rakyat untuk menyokong kita akan menghasilkan kepimpinan negara yang lemah. BN tidak boleh menggunakan isu perkauman hanya kerana mereka sudah nampak sokongan rakyat sudah berubah.

Apa yang sangat perlu dicari sekarang ini ialah pemimpin Melayu yang berkebolehan tinggi serta berpengalaman dan yang mendapat penghormatan dari setiap kaum dinegara ini supaya segala usahanya untuk mentadbir negara secara adil boleh dilakukan.

Buat masa ini kita mempunyai pemimpin-pemimpin yang terperangkap dengan isu perkauman dan diantara pemimpin-pemimpin kita semuanya terpaksa bermain dengan isu-isu perkauman yang menebal untuk mendapat perhatian rakyat. NGO Melayu seperti PERKASA dan penaungnya Dr Mahathir sekarang terperangkap dengan sensitivity perkauman dan jika kumpulan ini mendapat 100 peratus sokongan dari orang Melayu dan berjaya mendapat kuasa politik sekali pun tidak akan menjamin keutuhan bernegara diantara bangsa-bangsa di Malaysia ini.

Malaysia tidak mampu menjadi negara yang aman makmur jika negara ini hanya dikuasai secara politik oleh hanya satu kaum sahaja. Orang-orang Cina pun sepatutnya memahami yang negara ini tidak akan aman dan makmur jika Melayu merasakan mereka dihimpit oleh kaum-kaum lain kerana dari awal orang-orang Melayu merasakan yang moralnya negara ini adalah negara yang asalnya adalah milik Raja dan rakyat Melayu.

Saya secara peribadi mengharapkan Dr Mahathir memainkan peranan untuk mencari ‘point of reconciliation’ diantara kaum dari memainkan isu yang menyuburkan sentiment perkauman. Beliau yang mengaku yang segala-galanya adalah terbaik dizaman pemerintahan beliau sepatutnya memainkan isu-isu yang boleh menyejukkan perasaan kaum-kaum dinegara ini.

Setakat ini beliau hanya mendapat sokongan dari orang Melayu sahaja dan beliau belum lagi memberikan pandangan yang boleh mengimbangi pihak-pihak yang bertentangan dalam isu perkauman seperti yang ada semasa beliau mentadbir negara dulu. Tetapi sebaliknya beliau kembali menjadi ‘ultra’ Melayu seperti beliau lakukan untuk mendapat tempat dihati orang Melayu selepas kejadian berdarah 1969 dahulu.

Dalam pada beliau memperjuangkan nasib Melayu tetapi beliau tidak dapat mendisplin pemikiran beliau untuk menyatukan orang Melayu dengan mencerca Tuan Guru Nik Aziz diPasir Mas Sabtu lepas.. Beliau mencerca Nik Aziz secara terbuka sedangkan Nik Aziz adalah seorang pemimpin Melayu yang sangat dihormati ramai. Hanya ahli-ahli politik yang bertentangan sahaja yang tidak mahu menerima hakikat yang Nik Aziz mempunyai pengaruh yang besar bukan sahaja didalam PAS tetapi juga orang Melayu dan bukan Melayu amnya.

Justru apa yang beliau (Mahathir) katakan itu bertentangan dengan niat dan tujuan beliau menjelajah keseluruh negara untuk meminta Melayu bersatu dan saling mengasihi diantara satu dengan yang lain. Beliau hendak menyatukan Melayu tetapi menolak kumpulan Melayu yang besar.

Sesungguhnya Dr Mahathir hanya berpolitiking sahaja. Semasa hendak naik dahulu beliau adalah ‘ultra’ Melayu, tetapi beliau menjadi seorang yang sangat liberal setelah memerintah sehinggakan nama-nama usahawan besar Cina yang kita lihat sekarang ini dibentuk semasa pemerintahan beliau. Orang Melayu menjadi cemuhan beliau kerana kononnya Melayu tidak mahu maju dan sebagainya didepan pemimpin-pemimpin bangsa lain.

Sekarang ini beliau sudah balek menjadi ‘ultra’ kerana beliau berkehendakkan nama beliau masih menjadi sebutan ramai. Beliau tahu yang beliau masih ada sikit-sikit pengaruh maka beliau gunakan kesempatan ini untuk menjadi seorang yang masih relevan.

Walau bagaimana pun saya seronok menyokong beliau kerana beliau sudah kembali menjadi pejuang Melayu. Semasa beliau menjadi PM beliau lebih hiraukan pembangunan jangka panjang negara tanpa mengendung sekali dasar yang dikhususkan untuk orang Melayu.

Sekarang Mahathir sudah menjadi Melayu kembali. Saya gembira kerana beliau sudah teringat kembali kepada bangsa Melayu. Rupa-rupanya bersara dulu barulah ingat kepada bangsa kita…..alhamdulillah!

[Sumber]

No comments

Powered by Blogger.