Kekosongan kerusi Galas dimaklum kepada SPR

RANTAU PANJANG: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud mengesahkan telah menghantar surat makluman mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Galas kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tindakan lanjut.

Katanya, surat pemakluman itu telah dihantar 12.45 tengah hari semalam sejurus selepas pihaknya menerima surat pengesahan kematian penyandang kerusi itu, Chek Hashim Sulaima.

“Kita telah terima sijil kematian pagi semalam dan sudah menghantar surat makluman kekosongan kerusi selepas itu kepada pihak SPR, melalui pos dan faks,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Chek Hashim, 46, meninggal dunia di Hospital Al-Islam Kampung Baru di Kuala Lumpur pada Ahad akibat barah usus.

- Bernama

No comments

Powered by Blogger.