Terajui Parti Perkauman, Najib Tidak Layak Bersyarah Mengenai Kesederhanaan

SHAH ALAM 29 Sept - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak berhak menyarankan kepada masyarakat dunia supaya mengamalkan sikap sederhana apabila pentadbirannya masih diselaputi dengan kontroversi pengharaman kalimah Allah, ketidakmampuan mengambil tindakan tegas terhadap pengetua sekolah rasis dan indoktrinasi Biro Tatanegara mengenai konsep 'Ketuanan Melayu'.

Malah paling menyerlah ialah kegagalan Najib untuk mengecam secara terbuka sikap ektremis pertubuhan seperti Perkasa (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia) yang rata-ratanya disertai anggota Umno demi kelangsungan politik beliau.

Menurut Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua, ucapan sulung Najib di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Isnin lalu menyeru kepada usaha meminggirkan golongan ekstremis dan mengembeling gerakan keserhanaan yang merangkumi semua penganut agama.

Najib juga berkata ekstremis telah mengancam dunia dengan sikap perkauman dan bias sambil berkata masyarakat dunia perlu memilih kesederhaan daripada ektremisme, rundingan daripada konfrontasi, berkerjasama dan bukannya bergaduh sesama sendiri dan melihatnya sebagai keutamaan paling penting.

"Apa yang menarik mesej dan pilihan kata-kata Najib saling tidak ubah daripada ucapan Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada Konvensyen Kebangsaan DAP di Ipoh Januari lalu di mana Umno mengecam Lim kerana mencadangkan "Malaysia Yang Sederhana".

"Lim menyeru kepada penyelesaian kepada konflik agama bukan melalui konfrontasi tetapi mesyuwarah, bukan melalui paksaan tetapi rundingan apabila merujuk kepada kontroversi kalimah Allah.

"Lim juga berkata bahawa kita bukanlah sebuah negara yang berperang dengan diri sendiri tetapi apa yang kita lihat ialah Umno sedang memerangi nilai keterbukaan, pemikiran logika dan saling hormat menghormati. Apabila BN bercakap mengenai tanda aras antarabangsa, persoalan timbul mengapa amalan global dunia Islam dari Timur Tengah ke Indonesia membenarkan kalimah Allah digunakan oleh Kristian tetapi tidak di Malaysia," kata Tony dalam satu kenyataan semalam.

Tony menambanh DAP menyeru kepada 'Malaysia Yang Sederhana' yang mengangkat pendekatan kerjasama bukan konflik, mesyuwarah bukan konfrontasi dan perkongsian masyarakat bukannya masyarakat berasingan yang eksklusif.

Malah untuk menghayati "Malaysia Yang Sederhana' Pakatan Rayat mesti dilihat bersikap sederhana, inklusif dan menjauhi daripada sikap eksklusiviti, rasis, ekstremis yang diamalkan pihak lawan.

"Jadi adalah ganjil apabila Perdana Menteri bercakap mengenai kesederhanaan global tetapi gagal bertindak terhadap perkauman dan ektremis agama terutama dari partinya sendiri.

"Ucapan Najib dilihat tidak bermilai bilamana beliau sendiri enggan memandu partinya ke arah kesederhanaan untuk mencapai impian 'Malaysia Yang Sederhana'.

"Najib mesti mengawal partinya dahulu terutamanya golongan ektremis yang kurang menggunakan otak dan apa jua cara melalui pandangan oerkauman dan ektremis agama untuk menyerang DAP dan Pakatan Rakyat yang kini jelas memenangi hati dan sokongan rakyat dengan pendekatan dasar inklusif, sederhana dan progresif," kata beliau lagi.

Beliau menegaskan serangan berbaur perkauman dan agama mesti dihentikan segera oleh Umno sekiranya mahu mewujudkan suasana kondusif untuk kesederhanaan dan mengalahkan ektremisme dan seterusnya meletakkan Malaysia kembali di peta pelaburan antarabangsa.

Tony yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata tindakan Umno yang terus meningkat retorik tidak bertanggungjawab mengenai kaum dan agama hanya akan membawa Malaysia menjadi sebuah negara yang penuh dengan kontradiksi, terbaru berhubung penggunaan dana kerajaan negeri untuk programnya yang didakwa daripada sumber tidak halal seperti Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang.

Kerajaan negeri telah menafikan dakwaan tersebut sebagai tidak berasas apabila menjelaskan sumbangan seperti itu hanya disalurkan kepada golongan miskin tegar bukan Islam.

"Pemimpin Umno telah menunjukkan sikap hipokrit paling tinggi apabila Kementerian Kewangan yang diterajui oleh Perdana Menteri melalui jawapan dalam Parlimen mengakui kerajaan pusat tidak mengasingkan pendapatan halal dan tidak halal dalam Akaun Amanah Disatukan.

"Ini bermakna pendapatan daripada sektor perjudian seperti Tanjung PLC dan Berjaya Sports Toto serta syarikat kilang arak seperti Guiness Anchor Bhd (GAB) dan Carlsberg digunakan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau wilayah.

"Apa yang membimbangkan ialah kecenderungan pemimpin Umno yang terdesak untuk berpaut kepada kuasa tanpa mengira kosnya bermula dengan menyarankan ide bodoh dengan menggunakan kejahilan dan ketakutan masyarakat," jelas Tony.

"Dengan menggesa pengasingan dana halal dengan yang tidak halal, pemimpin politik Umno akan membuka ruang yang besar yang akan menyebabkan kejatuhan ekonomi Malaysia. Adakah Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Azahar mahu mengatakan syarikat, individu dan organisasi Islam tidak boleh berurusan dengan syarikat arak seperti GAB hatta untuk membekal peralatan tulis atau perabut hanya kerana GAB memperolehi pendapatan dan keuntungannya daripada sumber tidak halal?

"Atau lebih dahsyat kalau diikutkan hujah Umno, Ah Chong yang bekerja sebagai penjual daging atau Muthu yang bertugas di Berjaya Sports Toto tidak dibenarkan membeli nasi lemak dari Pak Ali kerana Pak Ali tidak seharusnya mengambil pendapatan daripada sumber seperti itu?," soal Tony.

Secara sinis beliau bertanya adalah Najib akan mengemukakan cadangan baru dalam pembentangan Belanjawan 2011 bagi mewujudkan dua bentuk sistem matawang iaitu satu untuk Ringgit halal yang hanya digunakan dalam urusan yang berbentuk halal dan satu lagi Ringgit tidak halal untuk barangan serta perkhidmatan bukan halal.

No comments

Powered by Blogger.