Ku Li Pengarah Prk Galas? Muhyiddin Cuba Memerangkap Ku Li

Ku Li dilantik pengarah pilihan raya Umno-BN DUN Galas


KUALA LUMPUR, 29 Sept – Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah telah dilantik sebagai pengarah pilihan raya Umno-BN untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Galas.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan berkata keputusan itu diambil dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Umno hari ini.

“Dengan restu Presiden (Umno) Datuk Seri Najib Tun Razak), saya telah menghubungi Tengku Razaleigh untuk memberitahu beliau mengenai keputusan parti melantik beliau dan beliau setuju,” kata Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi BN.

Pengerusi Perhubungan Umno negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed pula dilantik timbalan pengarah dengan dibantu jentera parti di peringkat negeri dan pusat.

Muhyiddin berkata beliau yakin dengan kepimpinan Razaleigh yang amat berpengalaman, berpengaruh lagi amat dihormati pengundi di DUN Galas.

“Saya yakin peluang kita untuk meraih kemenangan adalah lebih cerah,” kata Muhyiddin.

Kerusi Galas kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Chek Hashim Sulaiman, 46, dari Pas akibat barah usus, dua hari lepas. – Bernama

1 comment

paktehku said...

... menang di sanjung.....
... kalah di pancong....
... baik dok diam diam...
... lagi untong.....

Powered by Blogger.