bukan setakat telur je takda

PUTRAJAYA, 9 Sept (Bernama) -- Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera di Pulau Pinang Datuk Ahmad Ismail dipanggil menemui Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini berhubung kenyataan beliau bahawa orang Cina adalah pendatang dan tidak layak menuntut hak sama.

Sambil mempertahankan kenyataannya itu, Ahmad berkata bahawa ucapannya mengenai perkara itu telah dimanipulasi oleh Gerakan.

"Saya tetap dengan kenyataan saya dan tidak akan meminta maaf," katanya kepada pemberita selepas pertemuan dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri itu.

Ahmad juga berkata cadangan beliau supaya Gerakan keluar daripada Barisan Nasional adalah sekadar pendapat peribadinya.

Ketika ditanya sama ada Perdana Menteri akan mengenakan tindakan terhadapnya, beliau berkata Abdullah tidak menyatakan sebarang bentuk tindakan.

"Mungkin Perdana Menteri akan membincangkannya dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN petang ini," kata Ahmad sambil menegaskan beliau sedia berdepan dengan sebarang tindakan.

-- BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.