Mahkamah Perlembagaan Thai dapati Samak bersalah

BANGKOK 9 Sept. – Mahkamah Perlembagaan Thailand hari ini memutuskan Samak Sundaravej dan seluruh kabinetnya mesti meletakkan jawatan kerana beliau telah menyalahi perlembagaan dengan terus menjadi hos rancangan memasak di televisyen selepas menjadi Perdana Menteri.

Samak mencabuli perlembagaan kerana menerima bayaran sebagai pengacara rancangan itu dan mesti meletakkan jawatan dengan segera, umum Mahkamah.

Kabinet beliau boleh terus berkhidmat selama 30 hari sebagai kerajaan sementara sehingga Parlimen memilih Perdana Menteri baru dan Kabinet baru dibentuk.

“Mahkamah Perlembagaan secara sebulat suara memutuskan bahawa Perdana Menteri Samak Sundaravej mencabuli artikel 267 perlembagaan dan dengan itu kedudukannya sebagai menteri dimansuhkan,” menurut keputusan itu.

Mahkamah menuduh Samak berbohong semasa memberi keterangan apabila beliau mendakwa tidak lagi menerima bayaran daripada syarikat penerbitan televisyen, Face Media selepas beliau menjadi Perdana Menteri.

Rekod cukai menunjukkan beliau terus menerima bayaran.

“Suspek telah memberi keterangan palsu,” menurut keputusan itu.

Walaupun keputusan panel sembilan hakim itu tidak menyebelahi beliau, Samak tidak dihalang daripada dicalonkan semula sebagai Perdana Menteri dan Parti Kuasa Rakyat (PPP) pimpinannya sudah mengesahkan mereka akan memilih beliau semula.

Timbalan ketua PPP, Kan Tienkaew berkata, kerajaan campuran pimpinan PPP bersedia menyokong pemilihan semula Samak sebagai Perdana Menteri kecuali beliau enggan bertanding.

“Namun saya percaya beliau akan terus berjuang.

“Kami menghormati keputusan ini tetapi kes ini terlalu teknikal dan kami berharap kami dapat memilih Perdana Menteri baru dengan segera di Parlimen esok,” katanya. - Agensi

adakah makahmah malaysia sama dengan thai? malu kat orang bukan islam....depa punya moral yang tinggi

No comments

Powered by Blogger.