Setelah 5 Hari Ribut Tropika Hanna Melanda Haiti
People make their way through a flooded street on September 5, 2008 in Gonaives, 171 Km (72 miles) from Port-au-Prince after the passing of Tropical Storm Hanna. The European Commission launched Friday “fast-track” aid action for Haiti, after the storm-hit Caribbean island appealed for international help. At least 136 people have been killed by Tropical Storm Hanna, which hit Haiti just eight days after Hurricane Gustav caused some 77 deaths. The worst-hit city is Gonaives, which was flooded after being hit by Hanna on Monday and Tuesday, leaving some 250,000 people affected. Haiti’s Senate voted late Thursday to declare a state of emergency in the city.Getty Images.
.
Korban Hanna kini 136
PORT-AU-PRINCE, Haiti 5 Sept. - Jumlah nyawa yang terkorban akibat Ribut Tropika Hanna yang melanda negara ini kini meningkat kepada 136 orang berbanding 61, semalam.
Ketua Pejabat Perlindungan Bencana Haiti, Alta Jean-Baptise berkata, Gonaives, bandar ketiga terbesar yang terletak di utara merupakan kawasan yang paling teruk dibadai Hanna.
Katanya, 102 daripada kematian akibat Ribut Tropika Hanna itu dilaporkan berlaku di Gonaives.
Bandar tersebut pernah menyaksikan lebih 3,000 penduduknya terkorban sewaktu Ribut Tropika Jeanne melanda pada 2005.
Jean-Baptiste berkata, banjir dan tanah runtuh akibat hujan lebat telah memaksa kira-kira 10,000 penduduk berpindah ke kawasan yang lebih tinggi.
Selain Hanna, Haiti diramal bakal dilanda Taufan Ike, yang kini berada pada Kategori 4 dalam skala Saffir-Simpson.
Taufan Hanna dijangka bergerak ke Pulau Hispaniola utara Haiti.
Ike dijangka bergerak ke bahagian utara Bahamas dan membadai persisiran pantai Amerika Syarikat (AS), esok.
Bagaimanapun, seorang pegawai dari Pusat Perkhidmatan Cuaca Haiti, Ronald Semelfort berkata, setakat ini belum ada pengumuman mengenai langkah berjaga-jaga yang perlu diambil bagi mengelakkan kesan buruk akibat Taufan Ike tersebut.
No comments
Post a Comment