Gelanggang Sudah Tersedia, Hanya Jumlah Pesaing Yang Belum Pasti
Oleh Alan Ting Dan S. Retnanathan
KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) -- Gelanggang sudah tersedia, manakala penonton pula tidak sabar menunggu aksi yang akan dipersembahkan. Bagaimanapun, persoalan yang masih belum terjawab ialah berapa ramaikah peserta yang akan turun beradu kehebatan di gelanggang ini nanti.
Soalan ini akan terus berlegar di fikiran kebanyakan anggota MCA apabila suasana pertandingan bagi merebut jawatan presiden parti itu menjadi semakin hangat sebelum mencapai kemuncaknya pada 18 Okt ini.
Pada tarikh itu, jawatan tertinggi dalam MCA akan tiada penyandangnya berikutan keputusan presidennya sekarang Datuk Seri Ong Ka Ting untuk bersara daripada politik secara aktif.
Setakat ini, hanya seorang pemimpin -- naib presiden, yang juga Menteri Pengangkutan Datuk Ong Tee Keat -- yang telah mengisytiharkan keputusan untuk merebut jawatan presiden MCA. Beliau mengumumkan keputusan ini sejak awal bulan lepas lagi.
Namun demikian, pemerhati meramalkan lebih banyak pesaing akan turun ke gelanggang bagi merebut jawatan itu bersama Tee Keat.
Perkara yang menjadi teka-teki bagi kebanyakan anggota parti itu sekarang ialah: "Adakah pertandingan bagi jawatan presiden merupakan perlawanan satu lawan satu, perlawanan tiga penjuru atau melibatkan lebih banyak pemimpin utama parti?"
Cakap-cakap di peringkat akar umbi membayangkan pertandingan itu akan melibatkan tiga calon, termasuk naib presiden MCA dan bekas Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr Fong Chan Onn serta bekas naib presiden, yang juga bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng.
Sesetengah pihak pula meramalkan naib presiden, yang juga bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, akan turut menyertai pertandingan itu.
Ketika Fong dijangka mengumumkan hasratnya menyertai pertandingan itu bulan depan, tidak dapat dipastikan bilakah Jui Meng akan mengumumkan keputusannya.
Ditanya oleh Bernama melalui telefon sama ada media boleh menjangka beliau akan mengumumkan keputusan untuk bertanding bagi merebut jawatan presiden MCA, Fong mengiyakannya, tetapi segera beralih ke topik lain, barangkali setelah menyedari beliau telah memberi bayangan yang cukup jelas tentang hasratnya itu.
Ditanya bilakah beliau akan mengumumkan perkara itu, Fong secara spontan menjawab "minggu depan", sebelum mengubahnya dengan berkata "kemudian nanti".
Seorang penyokong kuat Fong berkata beliau yakin Fong akan bertanding jawatan presiden MCA pada pemilihan parti kali ini.
"Tunggu sajalah pengumuman mengenainya. Anda boleh pegang cakap saya ini," katanya sambil menambah bahawa bekas menteri itu telah memulakan kempennya dengan menjelajah dari negeri ke negeri bagi mencari sokongan sebelum mengumumkan secara rasmi hasratnya itu.
Bagaimanapun, apabila diajukan soalan serupa, Soi Lek tidak memberi sebarang jawapan mengenainya.
Sementara itu, Tee Keat, yang digelar "Lone Ranger" kerana keputusannya untuk tidak membentuk pakatan dengan pemimpin lain bagi menghadapi pemilihan parti kali ini, menarik perhatian kebanyakan anggota perwakilan kerana kedudukannya sebagai satu-satunya calon yang mengumumkan hasrat untuk bertanding bagi jawatan presiden MCA setakat ini.
Bagaimanapun, beberapa calon lagi dijangka mengumumkan keputusan masing-masing untuk merebut jawatan itu apabila kempen mencapai pusingan akhirnya kelak.
Pemerhati berkata tiga pemimpin senior MCA -- Fong, Jui Meng dan Soi Lek -- yang berpotensi menyertai pertandingan merebut jawatan presiden parti itu -- tidak boleh diketepikan begitu saja.
Kehadiran mereka dalam arus perdana MCA -- walaupun tidak menyandang sebarang jawatan dalam kerajaan -- menunjukkan bahawa mereka masih mendapat sokongan di peringkat akar umbi, kata pemerhati berkenaan.
-- BERNAMA

No comments
Post a Comment