Apabila Tuan Guru Nik Abdul Aziz memilih Mat Sabu

 Tuan Guru boleh bersuara apatah lagi sebagai Mursyidul Am PAS. Pemuda PAS Terengganu juga boleh bersuara dan sesiapa saja boleh mencalonkan sesiapa. Lagi banyak lagi elok sehingga tapisan dapat dibuat dengan lebih berhati-hati.

Tapi saya merasakan Tuan Guru boleh mencalonkan Mat Sabu di atas lidah pesuruhjaya PAS Kelantan bukannya kenyataan peribadi. Agak2nya apakah kesan bila beliau bercakap atas dasar pandangan peribadi.

Bagi saya pertamanya musuh boleh memainkan isu apabila keputusan memilih calon bukannya Mat Sabu. Mereka akan berkata Tuan Guru Nik Abdul Aziz sudah dibelakangkan. Sudah ada yang yang mahu mengikut Tuan Guru Nik Aziz tanpa melihat reality. Sedangkan sebagai orang Islam yang matang kita mengambil pendapat mengikut hujah dan syura dalam perkara tiada nas. Kita boleh mengikut imam Syafei atau Hanafi dan lain lain. Begitulah juga dalam perkara ini.

Keduannya kalaulah Mat Sabu jadi calon lalu menang Mat Sabu. Ia boleh menjadi ancaman akidah kepada orang2 yang fanatik kepada Tuan Guru Nik Aziz. Mereka akan berkata kita menang kerana ikut cakap Tuan Guru Nik Aziz. Mereka lupa bahawa yang memenangkan mereka ialah Allah. Tidakkah tentera Rasul saw kalah pada perang Hunain kerana mereka merasakan mereka kuat. Mereka tidak akan dikalahkan lagi. Mereka lupa untuk bergantung kepada Allah taala. Begitulah juga apa yang berlaku pada zaman sahabat ra. Tidakkah Saidina Umar ra telah memecat Khalid ra kerana bimbang orang akan berkata Islam menang disebabkan Khalid bukannya pertolongan Allah. Saya harap perkara ini tidak berlaku keatas penyokong dan pendokong PAS.

Ketiganya kalaulah Mat Sabu kalah bertanding akan ada orang yang berkata kamu kalah kerana kamu tak ikut cakap Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Sedangkan kekalahan itu kerana tentera kita yang kurang bersedia menghadapi musuh atau tak tahu membaca musuh atau mungkin ianya tapisan Allah bagi memantapkan lagi perjuangan ini. Bukan sebab tak ikut cakap Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Saya harapkan segala tentera kita yang pergi berperang di jalan Allah di Kuala Terengganu nanti sentiasalah dipermulaan, dipertengahan dan di akhiran langkah membasahkan lidah mereka dengan zikir2, doa2, solat malam dan yakin pada pertolongan Allah taala.

Jadi kesimpulannya jangan ambil Mat Sabu kerana Tuan Guru sudah mencadangkannya di kalayak umum dan satu lagi kepada Mat Sabu tolak jelah tawaran untuk menjadi calon prk kerana beramal dengan kaedah feqh sadduz zara i’

Segala yang baik sama2lah kita bersyukur dan mana2 kesalahan sama2 kita beristighfar.

1 comment

peacekeeper said...

Saya dapati artikel ini diterbit dalam Tranungkite Rujukan : Apabila Tuan Guru Nik Abdul Aziz memilih Mat Sabu
Dilulus terbit pada Thursday, December 11 @ 10:57:15 MYT oleh TokPenghulu Oleh allahummahdina

Kerabu sepatutnya siar punca sedutan dan nama penulisnya.

Petikan Komen:
Merujuk temuramah TV3
Sila perhatikan betul-betul, adakah TGNA membuat kenyataan terbuka untuk memilih Mat Sabu atau sekadar menjawab soalan wartawan..... Kebetulan saya telah mengikuti sedutan TGNA di berita terkini, ternyata TGNA hanya menjawab soalah wartawan yang bertanya, "Bagaimana kalau PAS memilih Mat Sabu..." TGNA menjawab, " kalau begitu baguslah, MAT Sabu seorang yang bagus"....

Ini bermakna TGNA hanya menjawab solah wartawan, yang menyatakan k alau Mat Sabu dipilih, sudah tentulah sesiapa saja pemimpin PAS kata bagus, sebab itulah diipilih jadi calon. Kalau tak bagus, takkan lah dipilih. Tetapi berita TV dan akhbar petik bahawa TGNA pilih Mat Sabu, ini semua tidak tepat....... Media bertindak melaga-lagakan. JANGAN TERPENGARUH.

Kesimpulan saya bila baca tulisan saudara begini :

Tak tahu pokok pangkal cerita/ terkena jerangkap samar musuh...kenapa ? Sebab saudara perlu ingat kenyataan tu keluar bila wartawan tanya Tok Guru, pasal calon utk Kuala Terengganu jadi Tok Guru jawablah Mat Sabu alasannya bagi saya cukup kuat iaitu Abg Mat seorang yang cukup MANTAP untuk gegarkan PARLIMEN ( saya rasas penulis pun terpaksa akui benda ni )dan saudara kena baca perabih kenyataan Tok Guru tersebut iaitu Tok Guru kata semuanya bergantung kepada PAS Pusat. Dan kita kena faham Tok Guru bercakap atas dasar Orang Tua dalam Jamaah, Mursyidul dan saya tak nampak apa-apa KEPENTINGAN PERIBADI yang cuba diraih oleh Tok Guru...

Satu perkara lagi soal Taksub kepada Tok Guru tak timbul langsung kalau kita benar- benar pejuang Islam sebab kita ikut Tok Guru bukan sebab dia ingin mendaulatkan kerja Nabi Muhammad s.a.w iaitu mendaulatkan Islam...

Akhir sekali apa yang saya nampak ialah Tok guru nak bagitahu kita sebagai pejuang Islam iaitu janganlah kita bertuhankan semangat kenegerian mengatasi semangat berjuang kerana Allah s.w.t. ( Untuk rekod sekarang ini Kelantan ada 3 orang MP bukan rakyat Kelantan - Salahuddin Ayub K krian - Dr Hatta K Krai - Ust Nasaruddin - Bachok...walhal PRU 12 lalu saat paling genting dalam sejarah

Powered by Blogger.