Siapa kata Nizar Boneka?



Sebagai ketua kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin merupakan Panglima dibarisan hadapan sekali; menghadapi tentangan musuh. Dia bukan jenis panglima yang sekadar berada dibarisan belakang memberi arahan. MB sering menjadi sasaran dan dia sendiri terpaksa menepis dan menangkis segala macam tohmahan dan fitnah yang dilemparkan musuh.

Tuduhan yang sering dilontarkan musuh ialah kononnya Kerajaan Perak yang diterajui Nizar sebagai MB tidak mempunyai kuasa sebaliknya hanya sebagai 'Boneka' DAP.


Mereka menuduh tanpa asas yang kukuh bahawa banyak kepincangan berlaku dari isu rasuah hinggalah pentadbiran kerajaan negeri yang tidak bersikap adil, telus dan amanah bagi menjaga kebajikan rakyat pelbagai kaum di negeri ini.

Mereka gembar-gemburkan pemberian tanah kepada sekolah persendirian Cina dan geran hak milik kekal kepada Kampong-kampung Baru dan Kampung-kampung tersusun.

MB Nizar telah pun menjelaskan bahawa kerajaan PR akan menganugerahkan tanah dengan keluasan yang difikirkan bersesuaian kepada Sekolah Agama Rakyat bagi menjana pendapatan dan ekonomi.

Lalu mereka mempertikaikan dan bertanya pula kenapa kerajaan negeri tidak membantu sekolah sama sekolah Tamil?

Tidakkah mereka sedar bahawa tidak ada sekolah persendirian Tamil di negeri Perak ini dan kesemua sekolah Tamil yang ada di Perak adalah dibawah Kementerian Pelajaran.

Kalau benar ; Menteri Besar dan kerajaan PR adalah boneka DAP, bagaimana Kerajaan PR mampu mengembalikan semula bantuan perkapita kepada seluruh SAR yang melibatkan RM 1.3 juta untuk diagihkan kepada 23 SAR? Yang selama ini Umnolah yang menjadi petualangnya.Bukankah Umno yang menyekat bantuan tersebut?

Berhubung dengan hak milik kekal kepada Kampung Baru dan Kampung Tersusun, sebenarnya cadangan tersebut datangnya daripada Sepuluh Tawaran PAS dan PKR dalam Manifesto BA dalam Pilihanraya Umum ke-12 lalu.

Sebagai memenuhi janji dalam Manifesto tersebut, perkara itu telah dibawa ke mesyuarat kerajaan negeri dan dipersetujui oleh DAP.

Tawaran geran milik kekal atau pegangan bebas itu ditawarkan secara pilihan kerana mereka juga ditawarkan pemilikan pajakan samada 30, 60 atau 99 tahun – bergantung kepada kesediaan dan kemampuan mereka membayar premium atas pemilikan itu.

No comments

Powered by Blogger.