P 36 Kuala Terengganu - Wan Ahmad Farid 45 % Saja Peluang Menang?
Mampukah Barisan Nasional berbuat sesuatu?
Ketika para pemimpin UMNO tempatan sendiri menjangkakan calon yang telah terpilih Wan Ahmad Farid Wan Salleh, mempunyai peluang menang sekadar 45 peratus sahaja?
Adakah Abdullah Ahmad Badawi telah merestui calon yang tidak tepat, sedangkan pemimpin tempatan lebih tahu calon yang bakal diundi ramai di P 36 Kuala Terengganu?
Adakah Mohd Najib Abdul Razak telah mengumumkan calon yang tidak tepat, dan adakah sudah terlambat, mungkinkah pernah berlaku calon yang diumumkan diganti dengan pemimpin yang lebih peluang diundi di P 36 Kuala Terengganu. Dalam mengambil kira semua faktor, adakah pandangan mereka ini yang menyatakan peluang calon menang 45 peratus sahaja, telah tidak diendahkan?
Sanggupkah Wan Ahmad Farid menarik diri demi UMNO dan Barisan Nasional, dan memberi laluan kepada calon yang diketahuinya sememangnya calon tempatan Terengganu yang lebih berjasa dan telah bergelumang dengan pengundi tempatan?
Berikut laporan Malaysiakini:
Pemimpin Umno tidak pasti menang |
Muda Mohd Noor | Dec 22, 08 6:54pm |
Beberapa pemimpin Umno tempatan berbelah bahagi berhubung peluang calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menang dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu, bulan depan. Sambungan di sini: |
Para pemimpin begini mungkin tidak rela bekerja sekeras mana kerana mereka sudah jangkakan kemenangan calon ini 45 peratus sahaja.
Adakah lebih baik mereka tumpu kepada kemenangan di Perhimpunan UMNO pada 9 Mac 2009, yang jauh lebih bererti.
Apa macam? Mohd Najib Abdul Razak, teraju utama pilihanraya kecil P 36 Kuala Terengganu buat silap lagi kah?
No comments
Post a Comment