Jangan jadikan saya, Umno alasan keluar parti,Kata Datuk Jalil

Kalau rasa hendak meninggalkan parti ini, pergi sajalah. Jangan tuduh kami sebagai punca atau penyebabnya,

Kalau rasa hendak meninggalkan parti ini, pergi sajalah. Jangan tuduh kami sebagai punca atau penyebabnya - Datuk Abdul Jalil Abdul Majid

Tawaran sertai PKR: Kata dua Jalil kepada Arif Shah

“Jangan jadikan saya, Umno alasan keluar parti”

BUKIT MERTAJAM: Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid meminta Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah, supaya tidak menjadikan dirinya dan Umno Permatang Pauh sebagai penyebab atau alasan untuk beliau menyertai pembangkang.

“Kalau rasa hendak meninggalkan parti ini, pergi sajalah. Jangan tuduh kami sebagai punca atau penyebabnya,” katanya pada satu sidang akhbar bagi mengulas kenyataan Arif Shah yang mendakwa kononnya beliau disisihkan oleh bahagian itu dan tidak diberi peranan sedangkan beliau adalah satusatunya wakil Umno dan Barisan Nasional (BN) yang menang pada pilihan raya umum dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh pada Mac lepas.

Abdul Jalil, yang menewaskan Arif Shah bagi jawatan Ketua Bahagian Umno Permatang Pauh dalam pemilihan barubaru ini, berkata bahawa tidak ada perbalahan antara beliau atau Umno bahagian itu dengan Arif Shah selama ini.

Katanya, jawatankuasa baru yang dipilih sedang mengatur langkah untuk memperkasakan parti berkenaan di Permatang Pauh dan bahagian itu sedang merangka strategi untuk membersihkannya daripada anggota parti yang menyokong pembangkang pada pilihan raya umum Mac lalu dan pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Ogos lepas.

Baru-baru ini akhbar melaporkan bahawa Arif Shah kecewa dengan tindakan Abdul Jalil dan Umno bahagian itu yang seolaholah hendak menamatkan kerjaya politiknya dalam Umno dan dipelawa oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menyertai parti itu.

“Bagi kita, tidak ada apaapa yang berlaku. Bahagian berjalan dengan baik dan semua orang bersemangat untuk bekerja sebagai satu pasukan demi masa depan parti dan Permatang Pauh. Kami bagaikan sebuah keluarga yang bahagia,” kata Abdul Jalil.

Ketua Penerangan Umno Bahagian Permatang Pauh, Ahmad Sahar Shuib berkata, Arif Shah perlu menghormati suara perwakilan yang telah mengekalkan Abdul Jalil sebagai ketua bahagian itu.

“Bukan kami yang menyisih beliau tetapi beliau yang perlu menyesuaikan diri dengan barisan kepimpinan baru ini,” katanya.

http://www1.mstar.com.my

No comments

Powered by Blogger.