Konspirasi Jatuhkan Ungku Aziz Sebagai Yang Dieprtua Angkasa Gagal


Profesor Diraja Ungku A Aziz melahirkan rasa kecewa atas kelambatan pihak berkuasa menyiasat laporan yang dikemukakanya berkaitan manipulasi kewangan dan cubaan hendak menjatuhnya sebagai Yang Dipertua Angkasa pada 24 Mac lalu.

Katanya ekoran kekurangan minat bertindakbalas dengan segera menyebabkan beliau membuat pendedahan berhubung kes yang berlaku dalam koperasi yang berusia lebih 30 tahun itu.

“Kekurangan minat bertindakbalas dengan segera serta reaksi yang munsbaah oleh pihak berkuasa yang telah mendorong saya membuat kenyataan ini,” ujarnya dalam kenyataan ringkas mengandungi lima muka surat yang dibaca kepada wartawan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Menurut Ungku Aziz jawatankuasa Tadbir Kebangsaan Angkasa (JKT) telah membuat keputusan memulakan siasatan terhadap apa yang dinamakan konspirasi Concord untuk menjatuhkannya pada 25 Januari lalu.

Dokumen penyiasatan itu berkenaan telah pun diserahkan kepada Suruhanajaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 23 Okrtober. Manakala berkenaan kedudukannya sebagai Yang Dipertuan telah disahkan kekal setelah berada dalam tempoh peralihan kuasa selama 43 hari.

Menurutnya disebabkan kemungkinan laporan akhir itu tidak boleh diselesaikan oleh pihak berkuasa sebelum tarikh 10 Januari dimana tarikh persidangan tahunan Koperasi menyebabkan beliau mengeluarkan kenyataan berkenaan.

Laporan dan ulasan lanjut akan menyusul.

mso

No comments

Powered by Blogger.