penarik beca bercerita pasal hudud.....hang pa baca

Petikan:

Husam refused to comment on the subject (hudud).

"I have nothing else to say. Everything has been reported. There is no need for further comment.

"If anyone wants to further discuss this issue, I am open to having a debate." (NST 24/12/08)
Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub cerita kat saya semalam bahawa beliau memberitahu pemberita Berita Harian (BH) yang menelefonnya bahawa PAS akan menggunakan saluran demokrasi untuk melaksanakan hukum hudud. "Kalau perlu kita buat referendum, kita akan buat referendum," kata Pak Haji anak Melayu campur Cina itu.


Hari ini dalam muka surat 10, BH melaporkan:

PAS akan terus meyakinkan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan memberikan kefahaman mendalam mengenai undang-undang hudud dan qisas dalam usaha parti itu mempertahankan matlamat perjuangan mereka.

Malah, parti itu mungkin akan menggunakan mekanisme pungutan suara sebagai satu cara untuk meneruskan dasar itu.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayub berkata, hukum hudud serta qisas yang menjadi asas dalam undang-undang Islam adalah matlamat perjuangan PAS dan tidak akan diketepikan hanya kerana menghormati pendirian DAP dan PKR.
Apa pun, terima kasihlah BH! Yang perlu saya nyatakan ialah matlamat perjuangan PAS bukan undang-undang hudud dan qisas. Saya dah tulis banyak kali mengenai matlamat perjuangan PAS termasuk dalam posting bertajuk "DAP tolak dasar PAS? Biasa la..." Kalau malas nak klik, saya copy and paste di sini:

Banyak yang menggelejat bila Malaysiakini semalam melaporkan "A firm DAP 'No' to theocratic state". Apa yang nak dihairankan kalau DAP menolak negara yang berteraskan sistem Islam? Yang hairan bin ajaibnya kalau dia terima. Boleh terkejut babun aku. Siap melengung lagi macam kucing basah terkena hujan.

Apa yang nak merah menyala muka bertempik sakan kalau DAP bersuara begitu? Itu hak demokratik dia. Suka hati dia la nak guna hak demokratik dia.

Saya menyokong sepenuhnya tujuan atau matlamat perjuangan PAS memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian lslam, juga kemerdekaan dan kedaulatan negara serta Islam menjadi dasar yang diperjuangkan dengan Allahu Akbar menjadi seruannya.

Apa yang terkandung dalam Fasal 5 Perlembagaan PAS itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. Bila telah diluluskan mengikut undang-undang negara, saya juga berhak dari segi demokrasi untuk menyokong tujuan dan matlamat perjuangan PAS itu. It is my absolute democratic right. Suka hati aku la nak guna hak demokratik aku.

Bila masing-masing menggunakan democratic right masing-masing, apa fasal awak banyak sakit?!
Tu sa perkara. Perkara lain ialah, saya sebelum ini taklah bercadang nak ulas posting Khairy Jamaluddin bertajuk "Transformasi politik Husam". Tapi bila dah keluar dalam surat khabar termasuk dalam Berita Harian "Naib Presiden Pas tunduk desakan, gertakan DAP: Khairy" dan Malaysiakini "Khairy: Husam longlai digertak DAP isu hudud," saya rasa nak sembang-sembang sikit fasal posting menantu Perdana Menteri dalam blognya itu. An overdue rebuttal? Dak, bukan sanggahan. Sembang-sembang ja...

Seingat saya, Husam dipestakan sebagai terjerat apabila beliau kata "kita akan buat (hudud)" apabila diasak oleh Khairy dalam 'Wacana Transformasi Politik Malaysia' di Kota Bharu, Sabtu lalu. Keesokannya Malaysiakini melaporkan:

PAS mengakui pelaksanaan undang-undang hudud dan qisas yang menjadi asas perjuangan terpaksa ditangguhkan walaupun jika Pakatan Rakyat menguasai Malaysia kerana ia memerlukan persetujuan PKR dan DAP.

Naib presidennya Datuk Husam Musa berkata parti-parti dalam gabungan pembangkang telah menandatangani perjanjian pada Ogos lalu bahawa sebarang perubahan dasar perlu dibuat dengan persetujuan ketiga-tiga parti tersebut, lapor Bernama.

"PAS tidak akan mengambil langkah unilateral. Semua perkara akan diambil secara multilateral," katanya di Kota Bharu hari ini.
Lagu ni. Yang pertama perlaksanaan dasar perjuangan PAS. Hang tak payah tanya pun memang PAS nak buat kalau PAS yang menang majoriti seperti di Kelantan (lihat kenyataan Ahli Jawatankuasa Politik PAS, Haji Khalid Abdul Samad di sini).

Yang kedua soal janji dengan orang. Janji dengan siapa pun kena tepati. Yang tu pun terkandung dalam hukum Islam juga. Kalau dalam perjanjian tak dimasukkan perlaksanaan dasar perjuangan PAS, kena hormatlah janji tu. Kalau tidak, jangan gatal-gatal nak berjanji.

Pertama, PAS kata nak buat apa yang dia memang nak buat. Kedua, PAS kena hormati janji. You must strike a balance, stupid! Tu sembang pertama.

(Tambah, tadi terlupa: Saya tanya orang yang dekat dengan Husam. Apa cerita? Kawan tu kata, sebenarnya ada orang tanya Husam nak tanya dak soal hudud malam ni (malam Wacana tu). Husam jawab, tanya la! Saya teringat cerita tu bila terbaca sat-sat tadi laporan Singapore Straits Times bertajuk "PAS remarks a 'ploy for unity'" Itu andaian ST. Apa rancangan Husam?)

Sembang kedua pula, kalau kita buat azam dan kita tangguh, apa yang masalah sangatnya? Apa hal yang tergelejat-gelejat sangat macam babi takut kat minyak kibas atau takut kat kura-kura? (Teringat di kampung saya di Matang, Perak masa budak-budak dulu. Kawan yang tak tahan dengan kandang babi dekat rumahnya melepaskan kura-kura dalam kandang babi. Sana-sini babi-babi tu bertempiaran lari. Babi ni, fesyen lari tak boleh konar-konar. Habis di langgarnya tiang dan dinding kandang tu. Babi takut minyak kibas atau kura-kura. Ada budak-budak campak sarang kerengga dalam kandang babi. Masa tu depa marah sebab ada hawaq (hawar) babi. Bila babi mampuih, Cina bela babi campak bangkai-bangkai babi tu dalam sungai. Mengelampung dalam sungai. Punya la busuk kampung kami masa tu!!).

Sambung sembang, katakan la semalam saya kata saya nak pi Makkah (Ya Allah, maqbulkanlah!). Tiba-tiba hari ni saya kata saya tangguh dulu. Duit tak cukup lagi, nak buat macam mana. Terpaksa tunggu boleh keluar duit dari akaun satu KWSP bila cukup umur 55 tahun nanti. Apa masalahnya? Kalau aku bising satu Taman Melewar, satu Kuala Lumpur pun kata aku nak pi haji, lepas tu aku tangguh bila ada duit, awat yang hang tergelejat-gelejat sangat tu?

Awat? Hang nak kata aku tangguh pi haji sebab aku takut kat keluarga Saud yang mencengkam Haramain tu? Sebab aku takut kat bani Saud yang mencengkam Semenanjung Hijaz termasuk Makkah dan Madinah? Tok sah dok cakap macam orang gila laa!!

Posted by bakaq a.k.a. ~penarik beca

No comments

Powered by Blogger.