Bogel gerila Reformis bukan isu - Malaysiakini


HULU KELANG - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menganggap ancaman bogel ala gerila oleh Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) terhadap beliau bukan isu yang perlu diberi perhatian serius kerajaan negeri.

Kata Abdul Khalid, beliau tidak perlu melayan ancaman tersebut dan tidak akan mengambil apa-apa tindakan susulan berhubung tindakan Reformis itu.

“Saya tidak gentar kerana ancaman bogel gerila bukan isu, kita tidak perlu buat apa-apa,” katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan wakil penduduk Bukit Antarabangsa, di Surau Ad-Diniah di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada ancaman berterusan oleh Reformis itu mengganggu kelancaran pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Selangor termasuklah menjejaskan keselamatannya.

Abdul Khalid juga enggan mengulas ketika ditanya adakah beliau perlu merujuk kerjasama pihak berkuasa atau menambah bilangan pengawal peribadi sebagai langkah berjaga-jaga mengelak serangan hendap terbabit.

Kelmarin, Presiden Reformis, Ramlan Abu Bakar bertekad akan meneruskan demonstrasi bogel menggunakan taktik ‘serang hendap’ setelah tempoh berbincang dengan Abdul Khalid secara ‘berpakaian’ tamat Jumaat lepas.

Katanya, mogok bogel itu akan dilancarkan di mana-mana program Abdul Khalid sebagai protes Reformis terhadap kerajaan negeri yang meminggirkan permasalahan rakyat miskin di negeri itu. - Sinar Harian

Video berkaitan:
Reformis Lancar "Perang" Terhadap Khalid

Reformis Berbogel Di Kuala Lumpur - Malaya Daily


Malaysiakini : Anwar sasaran baru 'perang bogel'

No comments

Powered by Blogger.