Bogel Kerana Gagal Dapat Projek - Malaysiakini


Diantara majoriti exco yang hadir membantah tindakan Ramlan

Exco dedah tembelang Presiden Reformis

GARA-GARA gagal mendapat projek perniagaan, Presiden Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) menjadikan persatuan itu sebagai landasan membalas dendam peribadi kepada kerajaan Selangor.

Ini didedahkan sendiri oleh aktivis-aktivis reformasi yang datang sendiri ke pejabat Suara Keadilan.

Raymond @ Suppiah mendedahkan betapa Ramlan Abu Bakar pernah meminta beberapa projek dari kerajaan Selangor melalui syarikat beliau. Walaubagaimanapun katanya, Ramlan gagal mendapatkan projek berkenaan.

Kegagalan itu seperti membuahkan dendam Ramlan dan muncullah ugutan seperti demo bogel.

“Sebelum ini beliau pernah mempertahankan Menteri Besar Selangor apabila diserang oleh orang parti,namun setelah gagal untuk mendapat projek Ramlan bertindak agresif dengan mengugut MB dengan cara demo bogel. Beliau pernah berkata untuk menekan MB. Ini dendam peribadi, bukan agenda perjuangan,”kata Raymond.

Timbalan Presiden Reformis, Badrul Hisham Mohd Hanafiah pula mendedahkan dalang disebalik pergerakan Ramlan itu ialah orang yang mempunyai kaitan dengan bekas Ketua AMK Ezam Mohd Nor.

“Bekas Exco AMK di bawah kepimpinan Ezam, Sanusi Abdullah telah dilantik oleh Ramlan untuk menjadi penaung dan dia diantara orang penting bagi mengantur pergerakan. Dibelakang beliau ialah Sanusi,” kata Badrul.

Seorang lagi Exco Reformis, Azizi Anas mendakwa Ramlan sebagai sengaja membuat kecoh untuk menarik perhatian umum serta media yang diperalatkan Barisan Nasional. Katanya, tindakan itu memburukkan nama baik perjuangan aktivis yang sejak dulu memperjuangkan reformasi untuk negara ini.

“Siapakah beliau untuk menilai dan memburukkan orang lain? Beliau harus siapa beliau dalam gerakan reformasi,” kata Azizi.

Mereka adalah antara exco persatuan itu yang mengambil tindakan memberi surat tunjuk sebab kepada Ramlan. Walau bagaimana pun Ramlan dikatakan bertindak balas ‘memecat’ mereka. Bagaimana pun menurut Setiausaha Reformis, Norzairi Jantan, pemecatan itu tidak sah dari segi undang-undang.

Norzairi menegaskan Ramlan tidak mempunyai hak untuk memecat jawatankuasa penaja. Tambahnya, dalam akta pertubuhan, pertubuhan peringkat penaja tidak mempunyai hak untuk memecat anggotanya, sebaliknya, jawatankuasa boleh memecat presiden.

“Kami telah meneliti dibawah akta 7(2) serta fasal 9(4), presiden tidak mempunyai hak untuk memecat mana-mana ahli jawatankuasa atau exco kecuali dengan majoriti dua pertiga dari jawatankuasa menyokong tindakan berkenaan,” ujar Norzairi.

Tambahnya lagi, kumpulan berkenaan kini sudah mempunyai calon presiden yang baru, walau bagaiaman beliau enggan mendedahkan siapakah individu berkenaan. “Kami sudah mempunyai pengganti yang berkelayakan dan akan tampilkanya tidak lama lagi,” kata beliau.

Seorang lagi exco, Mohamed Hafifudin Nordin mendedahkan bahawa Ramlan sebenarnya tidak mempunyai penyokong dan sebaliknya hanya menggunakan para pekerjanya dan mengaku sebagai reformis.

“Setiap kali sidang media yang dianjurkan Ramlan akan membawa orang-orang beliau yang dikatakan menyokong, namun sebenarnya beliau hanya membawa pekerja-pekerja beliau sendiri,” katanya.

Mohamed berkata, Ramlan adalah seorang pengusaha tempat letak kereta di Sentul, dan hanya pekerja beliau sahaja yang sentiasa menjadi orang belakang beliau.
“Para pekerja beliau tidak bersalah, hentikanlah mengheret para pekerja hanya untuk melakukan serangan peribadi. Sekiranya beliau mempunyai sokongan, kami hanya meminta beliau satu perkara, anjurkan demonstrasi tidak payah bogel, kita boleh lihat beraparamai yang sokong beliau,” katanya sinis. - SK
(Gambar : Ramlan Abu Bakar).

Malaysiakini : Krisis dalaman Reformis makin tegang

1 comment

sadysyahir said...

saya terpanggil untuk memberi komen disini sebab nampaknya saudara seperti menggangap PR(adil,DAP,pas) ini terlalu bersih..sehinggalah sesiapa sahaja melanggar kata ketua pembangkang(anwar ibrahim) adalah syaitan melawan melaikat.
Bagi saya,5negeri ini adalah lambang ketidakcekapan dan bayangan kegagalan jikalau PR memerintah negara.Negara akan musnah jika doperintah mereka atas sebab-sebab berikut:-
1)Lihat menifesto diselangor:-
Penurunan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20 peratus merupakan antara tawaran yang dibuat oleh PKR dan Pas dalam manifesto pilihan raya umum baru-baru ini bagi mengurangkan beban dan membantu ekonomi rakyat.

Tawaran-tawaran lain ialah cuti bersalin 90 hari, membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor, bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke taman asuhan kanak-kanak, bantuan RM50 sebulan seorang bagi anak yang mengikuti pendidikan pra persekolahan dan memberi RM1,000 kepada anak Selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.ini baru 60%..xpayah ckp byk lagi..sakit hati saja..
maka kepintaran dn pengaruh anwar tetap tidak mebantu apa2 ekonomi 5negeri ini sebab anwar adalh berkelulusan sastera dan bukan ekonomi,andai bab2 psikologi,berbahas putar belit dialah no 1..dia sebenarnya adalh bekas menteri kewangan yg tidak ada sejarah menarik.
2)pencemaran islam
umum tahu ttg kecederungan anwar memberi satu konsep baru kepda malaysia.dengan konsep kebebesan agama dan dasar demokrasi liberal islam(Demokrasi amerika) menjadi tunjang.lihat kebangkitan anwar dibawa bersama dengan kebangkitan pencemaran islam.Teressa,lina joy,majlis peguam dn lain2).Pas pun seakan cendurung menjdi liberal dgn islam diletakkan ditepi padahal begitu lantang mengkafirkan umno atas sebab sekular makanya teringat akan satu hadis:-jgn kita menegur sesorg islam itu dgn perkataan hai kafir,kerana perkataan itu akan berbalik pada kita.
3)Malaysia berubah pendirian.
pertamanya kta cukup selesa,biarpun negara kita secara lisannya adlh sebuah negara berkecuali kita telah lama menjadi anti amerika...kita adalah perdagang minyak terbesar semasa saddam memerintah,kita menjalin hubungan ilusi dgn iran dan russia.Apbila andaikata anwar menaiki takhta pastinya kita akan berubah kepada sekutu singapura,filiphina,turki,amerika..apa fsktanya..lihat negara mana anwar lindungi semua negara sekular dan membawa fahaman demokrasi liberal islam bawaan amerika..jikalau ada pemimpin yg melawat dia pasti yg pro kepada amerika..tidak pernak terdengar presiden hamas,ahmed amudinejad mahupun president russia sempati dgn anwar..malah hamas&iran secara halus mengutuk perjanjian annapolis summit 2007 yg secara amnya menguntungkan yahudi tetapi anwar dgn senang hati menandatangi sokongan kepada perjanjian ini atas nama mewakili permimpin islam.hampas..

cukup 3 point besar untuk kita perkatakan..tapi andai saudara mempunyai alasan kukuh utk menyangkal 3perkara ini saya senang untuk menukar pendirian saya untuk mengkhianati agama islam dn bangsa melayu..

Powered by Blogger.