tolong sedar sikit diri wahai mangsa bukit antarabangsa...

Mangsa Tragedi Tanah Runtuh Berang

Mangsa Tragedi Tanah Runtuh Berang

Komen ahmadtarmizi

Lihat lah sendiri betapa sombong dan bongkak nya seorang yang bernama Tumiran Mohd. Kasdi salah seorang penduduk Bukit Antarabangsa. TV3 boleh letak caption nama, macam pakat aje. Sendiri mau ingat la….

Aku mendapat info dari laman forum tranungkite bahawa mamat tersebut bukan lah penduduk banglo mewah yang kena tanah runtuh itu tetapi dia adalah dari taman diatas rumah banglo yang ranap tu dan jalan ke kondo dia tertutup sahaja. Tanah runtuh tu tak cecah pun rumah mamat ni.

Sebelum ni pun mamat ni dah complain tak puas hati macam-macam…Tak percaya ???,sila lihat Video klip dibawah dan buat lah tafsiran sendiri. Bagi aku mamat ini gila publisiti.

video

TV3 rakam seorang penduduk Bukit Antarabangsa memarahi YB Azmin Ali

Apabila menonton berita tv3 malam ini yang menyiarkan seorang penduduk marah-marah pada YB Azmin Ali, tahap simpati aku kepada segelintir mangsa-mangsa disana makin menurun dan timbul pulak rasa meluat dan menyampah.

Sambil mengamuk dan marah marah sempat lagi membebel@perli yang RELA dan ASKAR tak tolong bini dia angkat KOTAK, dia mendakwa petugas hanya duduk makan kat khemah saja. Orang kaya dah biasa hidup senang…kena sekali-sekala jadi susah mula lah tak tentu arah dan bercakap pun macam orang gila. Patut nya mamat yang macam ini perangai nya, suruh dia tengok video klip atau photo-photo perobohan penempatan di Kampung Berembang, Ampang,supaya dia insaf sikit atau mengapa tidak rumah mamat ini pun kena timbus juga, supaya tak payah lah bini dia susah-susah nak angkat kotak untuk berpindah, maka tak payah lah dia nak marah-marah orang lain.

Mamat ni tak tahu ke bahawa ada beribu lagi penduduk yang terlibat dalam perpindahan tersebut. Bersabar lah sikit, apakah bila dia mengamuk begitu, pasukan petugas akan terus membantu dia. Aku rasa mamat ni akan di ‘mark’ dan akan disisihkan.

Gambar hiasan- Jentolak meroboh surau Kg. Berembang 30 Nov.2006

Pada pendapat aku, penyiaran footage itu pun mempunyai maksud terselindung, mungkin untuk memalukan YB Azmin Ali. Footage itu disiarkan agak lama, mungkin mengharapkan Y.B Azmin pulak naik angin sebab kalau aku memang dah kena penampar dah mamat tu. Oleh kerana lama nya footage itu, kita pun dapat dengar apa yang dimarahkan nya. Nasib baik YB Azmin bersikap Profesional. Cuba kalau yang dimarahkan itu YB dari BN, paling tidak pun mamat itu akan diseret ketepi dan mungkin akan di tampar atau lebih malang lagi akan ditangkap atas alasan menimbulkan kekacauan.
Kepada Y.B Azmin Ali, anda telah melakukan yang sepatut nya dan aku berbangga dengan anda. TV3 memang tidak boleh diharap, terlalu nampak sangat bias nya. Setelah kena maki hamun, aku tunggu juga kalau-kalau TV3 minta komen Y.B Azmin, tapi haram tak ada. Yang ada cuma komen TYDP Ampang Jaya (kalau tak silap).Itu pun kejap sangat, 5 saat adalah kot.


Sekian. Allah Maha Besar !!

Komen Menteri Pasola

Adalah seorang mamat tu,Tumiran Mohd Kasdi,mengamuk tak tentu pasal,marahkan YB,YDP,Askar,Bomba,kenapa dia tak marahkan Tuhan?apa yang penting sangat kotak yang nak diangkat oleh bininya tu?Dia tak sedarkah Tuhan masih memberi nyawa padanya,sabar wak!Sabar menjadi subur,kurang sabar cepat masuk kubur!ingat ,jika kita diuji,itu petanda Tuhan menyayangi kita.

saiful.bahari@princecourt.com

No comments

Powered by Blogger.