UMNO Pemusnah warisan pusaka Bangsa, Agama dan Negara
Dahulunya wujud sebuah negara bagi bangsa Melayu yang begitu indah namanya iaitu Persekutuan Tanah Melayu. Setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dari penjajah British menerusi parti UMNO. Dengan kuasa yang ada UMNO dengan rakusnya tanpa memikirkan perasaan bangsanya telah mengubah dengan nama Malaysia.Sedangkan beratus tahun penjajah datang ke tanah Melayu tidak terlintas untuk mereka mengubah nama persekutuan Tanah Melayu kepada nama yang lain.Jelas bahawa UMNO telah membunuh nama negaranya sendiri dan sifatnya lebih rakus dari penjajah.Jika UMNO tidak melakukan semua itu mungkin hari ini terdapat dalam peta dunia akan tertera nama sebuah negara yang bergelar Persekutuan Tanah Melayu.Pertukaran nama sesebuah negara adalah tidak begitu penting.Apa yang lebih penting adalah sistem pemerintahan dan pentadbiran yang telus lagi adil serta mengutamakan permasalahan rakyat bawahan.Setiap nama negara dalam dunia ini adalah mewakili setiap nama bangsa.Tetapi apakah nama negara bagi bangsa Melayu.Setiap bangsa di dalam dunia ini begitu bangga dengan nama negara mereka tetapi tidak bagi bangsa Melayu.Bangsa Melayu hanya mampu mengenang bahawa dahulu kala terdapat dua era kegemilangan Melayu iaitu Zaman Kesultanan Melayu Melaka dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.Penghapusan nama Tanah Melayu jika dikenang-kenang amat menyakitkan.UMNO telah gagal memelihara serta mempertahankan segala peninggalan warisan pusaka nenek moyang bangsa Melayu malah telah menjadi pemusnah kepada identity ketamadunan bangsa Melayu.Dahulunya Temasik (Singapura) adalah sebahagian milik mutlak bagi Persekutuan Tanah Melayu di bawah jajahan kesultanan Johor tetapi kerajaan yang diketuai UMNO telah mengeluarkannya dari peta Tanah Melayu atas alasan permasalahan politik.Sedangkan Temasik(Singapura) mempunyai salah silah pemerintahan raja-raja Melayu.Pihak Jepun dan Bristish berhempas pulas berperang untuk menguasai Singapura kerana mereka tahu akan potensi Singapura dengan kedudukkan yang begitu srtategi sebagai pelabuhan terbesar.Namun UMNO dengan mudah menendang tanah pusaka bangsa Melayu itu kepada bangsa lain.Akhirnya Singapura kini lebih maju dari Malaysia.Jika ke Singapura tanyalah orang Melayu jati Singapura apakah perasan mereka terhadap UMNO.Anda akan dapat jawapannya.Kebanyakkan peperangan yang berlaku dalam dunia ini adalah berpunca kerana perebutan wilayah atau mempertahankan wilayah negara tetapi di Malaysia wilayah mutlak milik negara mudah diberikan begitu sahaja ke pihak asing.Imbas kembali bagaimana terjatuhnya Pulau Batu Putih ke tangan Singapura disebabkan kesilapan dan kelemahan pihak kerajaan Malaysia sendiri.Mungkin selepas ini Wilayah Iskandar Malaysia pula.Dari segi agama pula,dahulunya hari Jumaat adalah disitiharkan sebagai hari cuti umum bagi seluruh Malaysia.Seluruh umat Islam dapat beramai-ramai pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang fardu Jumaat.Bagi umat Islam di seluruh dunia hari Jumaat itu adalah hari kebesaran bagi umat Islam iaitu penghulu bagi segala hari.Fadilat fardhu Jumaat itu begitu besar manfaatnya.Dengan kuasa serta dasar sekular yang ada pada UMNO dengan rakusnya mengubah hari kebesaran umat Islam (Jumaat) itu sebagai hari bekerja.Bagi umat Islam yang bekerja di sektor swasta tidak semua mereka dibenarkan untuk menunaikan sembahyang fardhu Jumaat kerana terikat dengan undang-undang syarikat kerana kerajaan telah menetapkan bahawa hari Jumaat adalah hari bekerja.Bayangkan beribu umat Islam khasnya orang Melayu tidak dapat menunaikan sembahyang Jumaat kerana terpaksa bekerja.UMNO perlu menanggung dosa besar mereka ini selagi hari Jumaat disitharkan sebagai hari bekerja.Jelas bahawa UMNO sendiri yang tidak mendaulatkan serta martabat Islam sebagai agama Allah dan juga agama persekutuan bagi Malaysia.Segala nilai-nilai Islam telah diketepikan oleh UMNO.Selain itu juga UMNO bertanggungjawab dalam penghapusan tulisan jawi sebagai tulisan asas bagi umat Islam.Kini anak-anak muda Melayu majoritinya jahil dalam penggunaan dan pembacaan jawi kerana lebih mengutamakan tulisan rumi.Akibat dan akhirnya tulisan Jawi terus terpencil dan dianak tirikan oleh Umat Islam di Malaysia. Dari segi bahasa pula adalah jelas di dalam perlembagaan negara Malaysia telah menetapkan bahawa bahasa Melayu itu diangkat sebagai bahasa rasmi iaitu bahasa kebangsaan negara Malaysia.Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantara dan juga dianggap sebagai bahasa perpaduan di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia yang terdiri daripada kaum Melayu,Cina,India,Singh dan kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak kerana bahasa Melayu difahami dan diterima oleh semua kaum di Malaysia.Tetapi UMNO sebuah parti Melayu telah merendahkan martabat bahasa Melayu itu apabila menjadikan bahasa Inggeris(bahasa penjajah) diutamakan dalam subjek mata pelajaran Matematik dan Sains.Alasannya untuk memajukan mutu pendidikan bangsa Melayu terutamanya dalam bidang Sains dan Matematik tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.Apakah cacat-celanya menggunakan bahasa Melayu dalam subjek Matematik dan Sains.Di negara seperti Korea, Italy, Perancis, Jepun dan negara-negara yang mempunyai bahasa Ibunda mereka sendiri jelas mereka begitu bangga dengan bahasa Ibunda mereka sendiri tanpa mengutamakan bahasa Inggeris.Negara-negara tersebut sebaliknya terus membangun serta maju dari segi ekonomi dan bidang teknologi dari acuan mereka sendiri.Apa yang penting adalah perubahan sikap sesebuah bangsa itu kearah yang lebih positif terhadap kemajuan dalam bidang ilmu pengetahuan.Ia bukannya berasaskan kepada persoalan bahasa.Apa yang dilakukan oleh UMNO dalam isu bahasa Inggeris adalah meneruskan dasar dan legasi yang ditinggalkan oleh sang penjajah.Bagaimanakah hendak melahirkan sebuah Bangsa Malaysia yang harmoni jika martabat bahasa Ibundanya direndah serta dianaktirikan.Bagaimanakah UMNO boleh dikatakan parti perjuangkan kepentingan bangsa Melayu jika mereka sendiri mengetepikan ketinggian bahasa Melayu.Dahulu Malaysia dikenali sebagai negara yang berasaskan bidang pertanian.Orang-orang Melayu dahulunya terkenal bangsa yang mahir dalam bercucuk tanam.Bangsa Melayu menjana ekonomi mereka melalui dengan cara bercucuk tanam.Tanpa memikirkan masa depan ekonomi bangsa Melayu UMNO telah mengubah kepada dasar okonomi negara perindustrian maka dengan rakusnya tanah-tanah rizab milik bumiputera telah dijual dan diteroka secara bebas dan rakus bagi membuka kawasan-kawasan peridustrian.Dasar perindustrian yang diperkenalkan oleh Dr Mahathir di awal pentadbirannya telah memberi kesan buruk kepada sector pertanian yang majoritinya diusahakan oleh orang Melayu. Kesannya pencemaran alam yang tidak terkawal dan hasil sumber asli negara telah musnah dek tauke-tauke yang mementingkan diri sendiri.Bahan-bahan kumbahan yang mengandungi kimia tealh mencemarkan sungai-sungai seterusnya menghancurkan alam flora.Selain itu juga anak-anak muda Melayu yang dahulunya menetap di kampung bercucuk tanam kini ghairah berhijrah ke bandar.Akibatnya tiada anak muda yang mahu tinggal di kampung seterusnya tanah-tanah orang Melayu di kampung terbiar seterusnya akan tergadai.UMNO gagal memahami kepandaian dan kemahiran yang ada pada bangsa Melayu dalam bidang pertanian. UMNO hanya mengutamakan projek-projek mega yang langsung tidak menguntungkan orang Melayu bawahan.Kepada Bangsa Melayu kenang-kenangkanlah apa yang telah UMNO lakukan terhadap Agama,Bangsa dan negaranya sendiri selama lebih 50 tahun.Ternyata semuanya telah gagal dan hambar.Bangsa Melayu akan terus kebelakang dan semakin terpencil akibat perhitungan yang salah oleh UMNO.Sebenarnya UMNO telah gagal dalam memperjuangkan nasib bangsanya sejak sebelum merdeka lagi.Pembentukan negara dan bangsa Malaysia dari acuan UMNO telah menuju kegagalan.Masalah dan isu orang Melayu tidak pernah selesai dan akan dilaungkan setiap kali perhimpunan Agong UMNO diadakan.Ia hanya diulang-ulang bahawa UMNO sahaja parti yang mampu membela nasib dan masa depan orang Melayu.Kepada UMNO siapakan yang paling ramai miskin di Malaysia,Siapakah penganggur yang teramai,siapakah yang paling ramai terlibat dengan masalah gejala social dan siapakah yang paling ramai terlibat dengan gejala dadah?Apakah yang UMNo lakuakan sepanjang 51 tahun berkuasa?Adakah 51 tahun masa yang tidak cukup untuk memperbaiki kedudukan bangsa Melayu?Dalam memperjuangankan masa depan bangsa Melayu dan Islam sememangnya UMNO sudah tidak relevan lagi.Peluang telah diberikan selama lebih setengah abad malangnya UMNO hanya bertindak sebagai pembunuh terhadap perkara-perkara yang utama yang melibatkan kepentingan Islam dan bangsa Melayu.pemimpin-pemimpin UMNO yang ada pada hari ini adalah pemimpin yang mempunyai kepentingan peribadi dan bermasalah.Yang menjadi semakin kaya adalah pemimpin UMNO dan bukan ahli UMNO bawahan serta orang Melayu.Individu yang bermatian mempertahankan UMNO adalah yang paling banyak dapat habuan dan projek dari UMNO kerana menyokong pihak tertentu.Orang Melayu wajib menolak UMNO jika parti itu benar sudah menyelewang dari perjuangan terhadap Agama Islam dan bangsa Melayu.Setelah dilanda tsunami politik pada PRU-12 lepas kini UMNO mendabik dada bangkit sebagai pembela bangsa dan agama malangnya semua sudah terlambat.Semasa diambang kuasa UMNO lupa diri dan bertindak penindas terhadap orang Melayu yang menentanya.Kini isu sensiviti kaum yang boleh menimbulkan unsur-unsur perkauman dibangkitkan oleh UMNO bagi menakut-nakutkan bangsa Melayu supaya terus menyokong UMNO.Demi mengekalkan kuasa UMNO sanggup melakukan apa sahaja.Kini semangat perkauman dihangatkan oleh UMNO bagi melaga-lagakan pakatan parti pembangkang PAS,PKR dan DAP.Nasionalisme Melayu seperti Dato Onn,Dr Burhanuddin Al Helmy,Ahmad Boestamam,Ibrahim Yakob,Ishak Haji Muhammad dan ramai lagi pejuang yang menentang dasar UMNO telah terlepas dari disalahkan oleh cuci-cicit atas kegagalan memperjuangkan nasib bangsa Melayu pada hari ini.UMNOlah parti perlu dipertanggungjawab atas segala kegagalan ini.Selama ini UMNO telah menggunakan kuasa yang mereka perolehi sebagai kuasa pemusnah terhadap institusi-intitusi Agama,Bangsa dan Negara. "
No comments
Post a Comment