babun utusan: sapa yang mengalah?- malaysiakini

AKHIRNYA Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin akur dengan arahan supaya beliau mengosongkan kediaman rasmi Menteri Besar yang terletak di Jalan Raja di Hilir, Ipoh, Perak.

Selepas hampir dua minggu kerajaan pakatan pembangkang di negeri itu tumbang, beliau secara rasmi berpindah keluar dari kediaman tersebut pada pukul 11.45 pagi semalam diiringi beberapa kenderaan penyokong parti pembangkang.

Terdahulu, satu majlis meraikan media dan pengendali laman-laman blog serta anggota Unit Amal Pas, telah diadakan bagi mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan selama beliau memegang jawatan tersebut.

Pun begitu, sidang akhbar yang diadakan di kediaman rasmi itu tetap tidak terlepas daripada menjadi medan mengkritik pentadbiran Menteri Besar yang baru, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir dan barisan Exconya.

Kisah Mohammad Nizar dan kediaman rasmi Menteri Besar bermula apabila beliau enggan meninggalkan kediaman tersebut walaupun tidak lagi bertanggungjawab sebagai Menteri Besar.

Ini berikutan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu mengatakan bahawa beliau adalah Menteri Besar yang sah. Dan sebagai Menteri Besar yang sah, kediaman itu adalah kediaman sah beliau.

Namun di sebalik kekalutan yang timbul, Mohammad Nizar lupa bahawa jawatan lantikan yang dibuat ke atasnya oleh Sultan Perak telah dilucutkan baginda sendiri atas asas perundangan.

Banyak pandangan diutarakan berikutan sikap yang ditunjukkan oleh bekas Menteri Besar Perak itu dan polemik politik akibat 'kedegilan' Mohammad Nizar bukan sahaja mengheret Sultan Azlan Shah tetapi juga mengaitkan sama Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria.

Cercaan dan hinaan yang diterima seorang tokoh seperti Harussani, bagi pemimpin sebuah parti Islam seperti Mohammad Nizar dari segi akal tentu amat mengecewakan beliau sendiri.

Malangnya Mohammad Nizar hanya membiarkan para penyokongnya terus berkelakuan kurang ajar dan hanya melihat perkembangan yang berlaku tanpa wujud perasaan bersalah pada dirinya.



sapa yang kurang ajar?

sapa yang mengalah?

sapa yang derhaka?

sapa yang takut?

sapa yang berkuasa?

tunggu...sesungguhnya janji ALLAH janji benar!

No comments

Powered by Blogger.