yahoo..aku boleh bertanding!- malaysiakini




Tokoh terbabit perlu letak jawatan jika sabit kesalahan

KUALA LUMPUR: Seorang calon ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) layak bertanding pada Perhimpunan Agung parti itu bulan depan.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata calon terbabit disenaraikan untuk bertanding kerana memenuhi syarat kelayakan selepas memperoleh lebih 10 pencalonan dan melepasi kuota yang ditetapkan.

"Bagaimanapun, calon terbabit akan digugurkan daripada senarai jika SPRM mendapati beliau bersalah sebelum pemilihan berlangsung. Jika didapati bersalah selepas dipilih sebagai MT Umno, beliau perlu meletak jawatan.


"Tindakan susulan sama akan dilakukan jika Lembaga Disiplin Umno mendapati calon jawatan tertentu bersalah kerana tidak mematuhi Perlembagaan parti," katanya semalam.

Ibu pejabat Umno kelmarin mengesahkan calon MT Umno terbabit akan bertanding mempertahankan jawatan yang disandangnya pada pemilihan parti itu.

Malah, pemeriksaan laman web rasmi Umno mendapati nama dan gambar pemimpin itu disenaraikan bersama calon lain.



yahoo....ahli umno mana main politik wang ni...depa semua bersih ma....PR jer main rasuah!

No comments

Powered by Blogger.