Lalu Dato’ Menteri bertanya “Mengapa sekarang baru bersuara?”

Dato Menteri "Kenapa selepas enam tahun baru GMP mahu buat bising?"

Dato Menteri bertanya “Kenapa selepas enam tahun baru GMP mahu buat bising?”

Lupakah Dato pada janji? Bukankah Dato yang meminta kita menunggu hingga hujung tahun 2008?

Dalam kemesraan dan ketawa di ruang lobi parlimen, enam tahun sudah berlalu.

Jikalau pada setiap tahun separuh sahaja daripada anak-anak sekoah rendah yang tidak memahami apa-apa melalui bahasa yang tidak difahaminya, bermakna ada sekitar 200,000 anak kita yang ternafikan haknya menerima pendidikan. Dalam enam tahun, mungkin sudah ada 1,200,000 anak-anak kita yang sudah menjadi korban PPSMI. Majoritinya anak-anak Melayu.

Lalu Dato’ Menteri bertanya “Mengapa sekarang baru bersuara?”

Aduhai. Sejak 1996 lagi kami sudah bersuara.

Seawal September 2002, Presiden Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI), Prof. Dr. Shahrir Mohamad Zain, sudah menghantar Memorandum menyatakan pendirian profesor sains, kejuruteraan dan teknologi (SAKTI) Malaysia kepada Perdana Menteri, dan Menteri Pendidikan Malaysia.

68 orang profesor SAKTI ini menandatangani dokumen tersebut.

Sekiranya belum ditemui, memorandum itu diterbitkan semula dalam “Mengapa Kami Bantah!”

bantah

Sejarah PPSMI

Dasar menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantar pendidikan di seluruh negara ini itu dimulakan pada awal tahun 1970-an, dan disempurnakan pada tahun 1980-an.

Walaupun demikian, pada tahun 1990-an mula timbul pemimpin negara kita yang mahu kembali menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar sains dan teknologi di universiti.

Pada 22 Jun 1995 Menteri Pendidikan … “Authorised universities to use English as a medium of instruction to teach science and technological subjects” (New Sunday Times, 9 Julai 1995).

Ini adalah keputusan terbesar diambil ke arah mengembalikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pendidikan.

Namun, bunga-bunga isu ini bermula lebih awal lagi, iaitu apabila YAB Perdana Menteri menyebut-nyebut tentang hal ini sejak Disember 1993.

Semenjak tarikh di atas, budayawan dan cendekiawan Melayu mula membincangkan isu penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pendidikan.

Mereka yang menolak menyatakan pendirian mereka dengan lantang dan jelas. Cuma, liputan dalam media berita, akhbar, radio dan televisyen tidaklah banyak.

Namun, perbincangan tetap ada. Dan, mereka yang terlibat membukukan perbincangan dan tuntutan mereka supaya tidak tenggelam.

Ada beberapa dokumen penting yang dapat dijadikan bukti.

Manifesto Budaya 1996

Manifesto Budaya 1996


1. Asraf (editor). 1996. Manifesto Budaya: Pupus Bahasa Pupuslah Bangsa. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia.
Suara Pejuang Bahasa 2005

Suara Pejuang Bahasa 2005


2. Abdul Rahim Bakar dan Awang Sariyan (editor). 2005. Suara Pejuang Bahasa, Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia.

bantah32
3. Abdullah Hassan (penyusun). 2006/2007. Mengapa Kami Bantah (PPSMI), Kuala Lumpur: Persatuan Penterjemah Malaysia

Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu 1 -6 2007

Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu 1 -6 2007


4. Abdullah Hassan (penyusun). 2007. Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu 1 - V1 (1952 - 2002), Kuala Lumpur: Persatuan Penterjemah Malaysia
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu 7, 2008

Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu 7, 2008


5. Abdullah Hassan (penyusun). 2008. Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu VII (2006). Kuala Lumpur: Persatuan Penterjemah Malaysia

Dalam dokumen di atas terkandung perbincangan mengenai pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, seawal 1990-an.

Akronim ppsmi ini timbul kemudian, sangat kemudian: isunya sudah 15 tahun. Tidak putus-putus ditentang.

Baca Blog Dato Baha Zain DesaKota untuk perjuangan sebelum tarikh itu. Sejarah yang diriwayatkan oleh Dato Baha Zain dapat mengisi kesenjangan maklumat kita tentang perjuangan bahasa dan bangsa ini.

Semoga maklumat ini memberi keinsafan dan pengertian sebenar kepada mereka yang belum menghayati perjuangan bahasa ini.


http://profabdullah1.wordpress.com/


No comments

Powered by Blogger.