BN hina Daulat Rakyat

Apa yang berlaku di Perak membuktikan bahawa Barisan Nasional sememangnya terdesak. 3 Adun Perak hilang seminggu dan kemudiannya muncul di Putrajaya bersama Najib menyokong BN. Ini adalah satu tindakan konspirasi yang jelas untuk menjatuhkan Kerajaan Rakyat di Perak.

Sikap tamak pemimpin BN tidak berhenti disitu, ADUN Bota pula diculik dan kemudiannya istihar kembali pada Umno dari PKR yang mana tempoh masa lompatannya hanyalah 10 hari. Keadaan memalukan ini terus berlaku bila mana Sultan Perak didesak untuk menitahkan Menteri Besar pilihan Rakyat, Nizar Jamaluddin letak jawatan bersama barisan Exconya.

Ini menimbulkan ketegangan bila mana Kerusi Pakatan yang tinggal hanyalah 28 dan BN juga 28. Tetapi Sultan dipujuk rayu agar tidak bubarkan DUN bagi menyerahkan kuasa memilih kembali pada rakyat.

Berdasarkan soal selidik kebanyakan rakyat Perak mahukan Pilihanraya semula. Mereka mahu hak mereka dikembalikan dan kedaulatan rakyat di hormati melalui perlembagaan.

Umno yang sudah tiada idea, lari berselindung dibelakang Sultan. Mereka meletakkan sSultan dihadapan untuk dijadikan perisai bagi menghadapi kemarahan rakyat. Akibatnya Sultan menjadi mangsa politik Umno dan rakyat hilang kedaulatannya begitu sahaja.

Apa yang berlaku pada hari ini pastinya dikenang sebagai hari paling malang buat negeri Perak kerana kembali ke zaman gelap bersama BN yang terus dikutuk oleh rakyat.

Jika Sultan punya Daulat, maka rakyat juga punya Daulat. Umno-BN kena faham isu ini.

No comments

Powered by Blogger.