pakej rangsangan 'syahwat' ?


Nampaknya ekonomi dunia makin tenat. Namun ia tidak dirasai di Malaysia. Ini kerana seperti yang diberitahu oleh Menteri Kewangan Malaysia baru-baru ini - bahawa ekonomi Malaysia tidak akan terjejas langsung oleh kegawatan ekonomi gobal hari ini.

Biarpun di sana - dan sini kedengaran majikan-majikan terpaksa memberhentikan pekerja di pelbagai sektor dalam negara, tapi percayalah cakap menteri tu. Kita tidak terjejas langsung. Tetapi kerajaan akan menawarkan lebih banyak bonus selepas ini kepada rakyat jelata (exco-exco dan adun-adun PR) untuk membantu mengukuhkan ekonomi (kerusi ) Malaysia.

Oleh itu, TPM selaku juga Menteri Kewangan akan mengumumkan pakej ransangan ekonomi di beberapa buah negeri yang terpilih. Negeri yang tidak dipilih itu dianggap negeri yang mempunyai ketahanan yang lebih dan tidak memerlukan bantuan kerajaan pusat untuk menangani sebarang kegawatan.

Pakej yang ditawarkan adalah sama seperti pakej yang ditawarkan kepada rakyat (exco-exco) Perak. Negeri yang terpilih untuk menerima pakej ransangan ini adalah Perak, Kedah dan Selangor. Ini kerana ia didapati sesuai untuk mengatasi kegawatan(jumlah kerusi) ekonomi yang dihadapai oleh kerajaan sedia ada. Seperti mana Perak, pakej yang akan ditawarkan adalah seperti berikut :-

i) Adun - 5 juta seorang
ii) Adun + exco - 25 juta seorang

Jika pakej ransangan ekonomi ini berjaya, maka kita akan melihat kerajaan negeri yang sedia ini akan ditukar bila-bila masa sahaja. Ini kerana nampaknya exco-exco kerajaan sedia ada tidak mampu menangani krisis ekonomi dan godaan yang sedia ada. Jadi ia akan diserahkan kepada mereka-mereka yang dapat menangani dan menguruskan pentadbiran kerajaan dengan lebih baik...seterusnya

Wakaka..akan datang tak yahrisau kalau gawat, duduk aje bawah ketiak exco cap katak, kayo pakcik kayo..kepala hotak hang !

artikel diambil dari email, TQ - ciklee

No comments

Powered by Blogger.