Derhaka sebagai hukum adat yang kurafat-malaysiakini


Seorang rakyat Malaysia yang berhijrah ke UAE sewaktu Mahathir jadi PM memberitahu bagaimana beliau terkejut melihat bagaimana rakyat biasa menemui Presiden UAE dan raja Abu Dhabi, aruah Sheikh Zayed.

Dia terkejut kerana rakyat yang datang tiada pula membuat ‘mohon sembah’ dengan mengangkat tangan. Rakyat sekadar salam atau berpeluk dan gesel hidung sebagai budaya Arab.

Lantas rakyat Malaysia berketurunan Cina itu bertanya dirinya sendiri, “Yang mana satu ajaran Islam? Cara menyembah raja di Malaysia atau cara orang Arab bertemu raja yang langsung tiada protokol?”

Dari apa yang dilihat membuat rakyat Malaysia yang masih menetap di UAE itu (sudah 28 tahun) mahu tahu mengenai Islam dan memeluk Islam sekeluarga kemudiannya! Isinya di sini, adat kita dalam mengadap atau menyembah raja barangkali termasuk dalam hukum haram.

Sewaktu saya bertandang ke Mesir dan melihat kesan-kesan sejarah Firaun, memang Allah mahu kita belajar dari sejarah dengan tidak melupuskan kehebatan raja Mesir kuno itu. Memang hebat para Firaun sehingga mereka mati beribu tahun, kita masih terpaksa tunduk untuk masuk ke kubur mereka!

Lantas teringat juga kata-kata aruah ayah, yang pernah menjadi khadi dan pernah enggan untuk naik pangkat kerana tidak mahu mengikut telunjuk raja. Aruah pernah berkata kepada saya dalam bercerita mengenai kariernya sebagai khadi, “zaman dulu, siapa jahatlah yang jadi raja...bukan yang paling baik!”

Dalam sistem feudal Melayu, perkataan-perkataan seperti baginda, santap, titah, semayam, derhaka, beradu, bersiram dsbnya hanyalah sekadar untuk membedakan raja dengan rakyat. Apa yang dilakukan sama sahaja. Kalau berak masih mencangkung. Raja dalam apapun definisi, adalah manusia biasa, maka tidak pasti ada perkataan lain untuk berak, kentut dsbnya bagi perbuatan raja.

Dalam isu derhaka yang didakwa oleh United Malays National Organisation kepada Nizar, mungkin ada beza antara derhaka kepada raja dan derhaka kepada keputusan raja yang tidak adil.
Bukankah pepatah Melayu sendiri ada berkata, Raja adil raja disembah (ini pun tidak betul...sembah...hanya Allah yang boleh disembah), raja adil raja disanggah.

Malah kalau derhaka diganti dengan perkatan lain seperti ingkar, tidak bersetuju dan enggan pun masih boleh digunakan. Cuma United Malays National Organisation mahu menutup tahi mereka setelah menggulingkan kerajaan Perak melalui pintu belakang dengan memperkudakan raja.

Raja melayu tidak sehebat raja Arab, India, Cina, Inggeris, Sepanyol mahupun Firaun, begitupun raja-raja Melayu masih diperlukan sebagai sisa simbol kuasa yang sudah dihakis oleh Mahathir dan United Malays National Organisation dalam tahun 80han dahulu.

Walauapapun kata mufti Perak dan pemimpin serta balaci United Malays National Organisation, menghukum orang lain derhaka juga boleh dianggap kurafat tanpa mengadilinya secara saksama, kalau sekadar bertempik dalam media kepunyaan sendiri dan membuat lapuran polis yang dibawah telunjuk...itu bukan jantan, kalau jantan adakan semula pilihanraya!

Itu pendapat 2 fils (sen) saya.

http://1426.blogspot.com/2009/02/derhaka-sebagai-hukum-yang-dan-kurafat.html

No comments

Powered by Blogger.