Naib Presiden PKR; Sivarasa Dihalang Masuk Sarawak ~ Malaysiakini


NAIB Presiden KeADILan Sivarasa Rasiah dihalang dari masuk ke Sarawak sebaik sampai di lapangan terbang Kuching jam 1.45 tadi.Dalam sms kepada Suara Keadilan, Sivarasa berkata sebaik tiba, beliau terus ditahan pegawai-pegawai imigresen dan diberitahu mereka mendapat arahan supaya tidak membenarkan beliau memasuki Sarawak.“Pegawai-pegawai imigresen memberitahu bahawa nama saya telah disenarai-hitam dari memasuki Sarawak sejak tiga bulan lalu. Apabila ditanya, mereka berkata mereka mendapat arahan dari kerajaan negeri.

Oleh itu, saya terpaksa berpatah balik ke Kuala Lumpur,” kata Sivarasa dalam smsnya.

Sivarasa ke Sarawak untuk memberi taklimat mengenai pindaan perlembagaan parti kepada pemimpin dan ahli-ahli KeADILan mengenai pindaan perlembagaan parti di negeri itu. Sebelum ini taklimat tersebut telah diberi kepada negeri-negeri lain.

Pindaan tersebut akan dibentang dalam Kongres parti yang dijangka akan diadakan dalam tahun ini.~ Suara Keadilan

No comments

Powered by Blogger.