Mohd Annuar Zaini: Latar Belakang - malaysiakini


Ada pembaca yang tanya aku siapa Annuar Zaini yang kebelakangan namanya melonjak naik dalam arena politik di Perak... aku pun bukan tau banyak sangat pasai dia ni... jadi yang mana aku siarkan dekat bawah ni semuanya aku ambik dari [sini].

Nak cerita lebih-lebih tak dapat pasai aku tak kenai mamat ni...

Datuk Seri Panglima Mohd Annuar bin Zaini
merupakan Pengerusi Bernama, agensi berita nasional Malaysia yang mengendalikan Bernama TV di saluran 502 Astro dan Radio 24. Tempoh perkhidmatan beliau di Bernama dikatakan tamat pada 31 Januari 2010.

Beliau dilahirkan di Taiping, Perak. Bapanya seorang anggota polis yang bersara dari perkhidmatan polis pada tahun 1983. Semasa bersekolah, Mohd Annuar telah mendapat anugerah pelajaran dari Tabung Kebajikan Kelab PDRM Ipoh yang diusahakan oleh Hanif Omar (Tun) ketika menjadi Ketua Polis Daerah Ipoh.

Kerjaya


Dari 1981-1986 beliau menjadi Setiausaha Sulit Kanan Menteri Dalam Negeri dan dari tahun 1991-1993, beliau menjadi Ketua Penolong Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Perak.Tahun 1993 beliau dilantik sebagai Pengurus Besar Yayasan Perak dan bersara pada 1999.

Sejak Februari 2004, Dato’ Mohd Annuar bin Zaini menjadi Pengerusi Bernama. Sejak 2004 DYMM Sultan Perak melantik beliau sebagai Ahli Dewan Negara Perak. Kemudian dipilih menjadi Distinguished Fellow kepada Institut Kajian Strategik Dan Hubungan Antarabangsa (ISIS) dan ahli Lembaga Penasihat Biro Pengaduan Awam di Jabatan Perdana Menteri.

Dato’ Mohd Annuar bin Zaini telah dilantik sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara mulai 30 Ogos 2007 dan sebagai Ketua Eksekutif mulai 1 September 2008.[1]

Selepas bersara dari perkhidmatan awam, beliau menjadi ahli Lembaga Pengarah syarikat Berjaya Group, milik taikun Vincent Tan. Selain itu beliau menjadi pengerusi Metropolitan Utilities Corporation Sdn Bhd.

Sebagai pengacara


Beliau beberapa kali menjadi pengacara dan menemubual beberapa tokoh penting negara seperti Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di TV3 dan Menteri Penerangan yang baru Datuk Ahmad Shabery Cheek dengan gaya bersahaja. Gaya beliau menyoal cukup menarik walaupun beliau bukanlah seorang wartawan.

Sebagai penulis ucapan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, peranan Annuar Zaini dipertikaikan oleh ramai penulis blog seperti RockyBru dan Jeffooi.

Maklumat dari blog menyatakan beliau pernah bersama-sama dengan Abdullah Ahmad Badawi dalam Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung. Annuar Zaini juga dikatakan rapat dengan Tan Sri Musa Hitam[perlu petikan].

No comments

Powered by Blogger.