Nizar Jamaluddin dari kacamata sang 'kutu' dan sidang video petang tadi


Memang berat ujian buat Nizar Jamaluddin. Bagaimanapun Menteri Besar Perak ini - yang dititahkan letak jawatan oleh Sultan Perak namun tetap enggan berbuat demikian - yakin beliau berada di jalan yang benar.

Wajahnya tetap ceria dan berseri, cuba menyembunyikan rasa letih meniti hari yang padat. Matanya merah petanda tidak cukup tidur. Ini tidak dapat disembunyikan dari mata seorang aku, sang kutu berahak yang siang dan malamnya melihat kesibukannya, dan kelangsungannya ketika di Bilik Media. Sudah tentu aku tidak menipu !

Beberapa ayat awal surah ad-Dhuha menjadi rukun dalam mukadimah ucapannya, biarpun dianggap pendatang baru dalam dunia politik dan tiba-tiba dilantik menjadi Menteri Besar Perak, sesuatu yang tidak pernah termimpi olehnya, Nizar memang cepat belajar dan mudah menguasai persekitarannya.

Berdepan dengan tuduhan menjadi boneka DAP, menjual kepentingan melayu, diapit 7 exco bukan islam, ditambah Speaker dan Timbalan Speaker juga bukan islam, dengan tenang Nizar mengemudi bahtera Kerajaan Negeri Perak selama 11 bulan. Justeru, tuduhan bahawa beliau kini seorang penderhaka bukan isu besar baginya.

Pada hari paling kritikal, 5hb. Feb. Nizar mengikuti satu program Koridor Utara di Bagan Serai bersama Perdana Menteri. Dalam ucapan PM, Pak Lah langsung tidak menyebut nama Nizar walhal beliau masih seorang Menteri Besar.

Dan esoknya, akhbar perdana turut 'mengelapkan' kehadirannya dimajlis tersebut. Difahamkan CEO Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara, Anuar Zaini yang sepatutnya berada bersama Pak Lah tiada, tetapi sedang sibuk mengatur nasib Nizar di istana Kinta. nauar dikatakan 'dalang' yang cuba merosakkan hubungan baik Nizar dengan istana, dan menganggu pentadbiran kerajaan negeri, Nizar pernah mengadu hal itu kepada Raja Nazrin Shah, rakan karib Anuar.

Berdasarkan kaporan media, Nizar secara tergesa-gesa meninggalkan majlis di Bagan Serai itu untuk menghadap Sultan. Jam 12.45 pm, Nizar dilihat memasuki istana Kinta dan keluar 20 minit kemudian.

Selama ini, sejarah pendek negara kita menyaksikan bahawa tiada tokoh politik yang 'selamat' jika bertembung dengan pihak istana. Konflik dengan istana rasanya tidak pernah dimenangi oleh orang politik. Kini hakikat itu kian benar berlaku apabila Nizar pada sidang medianya hari ini telah mengisytiharkan bahawa kerajaannya adalah 'kerajaan buangan' kini.

Menurut Ahmad Lutfi Othman, Nizar dipihak yang benar. Sultan tiada kuasa menitahkannya meletakkan jawatan. Dibawah sistem Raja Berperlembagaan, Sultan juga harus tunduk dengan undang-undang dan peraturan. Baginda tidak boleh masuk campur sewenang-wenangnya dalam pemerintahan negeri. Dalam situasi genting di Perak apabila BN dan PR mempunyai jumlah kerusi yg sama, dan 3 kerusi Bebas sedang dirujuk di mahkamah, baginda sewajarnya memenuhi permohonan untuk membubarkan DUN.

Ia dilihat langkah yang paling adil untuk semua pihak dan tidak dilihat memihak kepada mana-mana parti. Jika dirasakan Nizar sudah tidak mendapat mandat majoriti Adun, baginda boleh menolak permohonan MB itu dan membiarkan sahaja sidang DUN memutuskan undi tidak percaya kepada Nizar.

Langkah melantik MB baru tidak membantu untuk memulihkan keadaan. Jika dilihat pada Majlis Ceramah Perdana oleh Anwar Ibrahim di kediaman rasminya pada Ahad lalu, dapat dilihat dan dikesan reaksi pantas hadirin dari masyarakat cina dan india, malah ketika Anwar memberitahu jika ada pilihanraya Negeri dan PR menang lagi, tiada calon yg akan dipilih menjadi MB melainkan Nizar, beberapa anak muda cina dan india bertepuk sepuas hati, mereka benar-benar gembira tidak terkata ! ( ch-ALO)

No comments

Powered by Blogger.