awas penduduk manek urai..ini berita luar biasa!


Risau pulak aku bila terbaca berita nie..
Polis tanpa uniform akan menyewa rumah rumah penduduk di Manek Urai..?

Sekurang2 nya kita kenai sapa kalau berpakaian seragam..
Tanpa uniform.. nampak serupa Pak Mat yang baru balik kebun..
Tanpa uniform ni selalunya apply bila ada spesel kes saja.. SB..?

Tak takut disalah erti ka..? tak takut di salahguna ka..?
Iskk.. lain yang rakyat mintak.. lain yang depa bagi perhatian..
Menakutkan betullah UBN nie..

MANEK URAI, Jun 17 — Polis mengambil pendekatan luar biasa di Manek Urai. Kalau dalam pilihan raya kecil sebelum ini, polis datang dengan berpakaian seragam lengkap dan mendirikan khemah-khemah Martek mereka, tetapi kali ini mereka menyewa rumah-rumah penduduk kampung di sini dan tidak berpakaian seragam.

Di mana-mana sahaja PAS mengadakan majlis-majlisnya, mereka akan memenuhi kedai-kedai kopi berdekatan.

Menurut pemerhati, lebih 3,000 anggota polis ditempatkan di rumah-rumah yang mereka sewa di seluruh kawasan pilihan raya itu.

Malaysia For Free And Fair Election (Mafrel) yang sedang dalam proses memohon akreditasi untuk menjadi pemerhati bebas rasmi pilihan raya ini juga melahirkan rasa prihatin mereka dengan kehadiran anggota polis ini.

Ketua Misi Mafrel Manek Urai, Dr Abdul Halim Yusof menuntut pihak keselamatan khususnya supaya lebih berhemah ketika menjalankan tugas.

“Akhir-akhir ini kerahan terhadap anggota polis amat ramai boleh membazirkan wang serta menyusahkan rakyat dan penduduk tempatan,” ujarnya. seterusnya:

No comments

Powered by Blogger.