DPPNK Menyokong Penuh Pendirian Mursyidul Am PAS TGNA
DPPNK Menyokong Penuh Pendirian Mursyidul Am PAS TGNA Menolah UG Dan Kerjasama Dengan UMNO
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) menyokong penuh pendirian TGNA Mursyidul Am PAS dalam menolak UG dan sebarang kerjasama dengan UMNO, dengan mengambil kira keputusan Muktamar.
Pendirian ini sekaligus dapat memperkasa Pakatan Rakyat dan menjelaskan segala kekeliruan dan keresahan ahli-ahli terutama bagi menghadapi PRK MU.Tumpuan seharusnya diberikan bagi menghadapi dan memenangi PRK MU dan jangan terperangkap dengan tipudaya musuh.
Lembaga Disiplin PAS sepatutnya mengambil tindakan segera dan menjalankan fungsinya dengan sebaik mungkin bagi mengatasi isu yang dihadapi pada hari ini…
Kita seharusnya bersatu dalam perjuangan menegakkan syariat.Kenapa harus menyerah pada musuh?. Musuh tetap musuh walaupun selaut janji ditabur tetapi semuanya dusta.Dan jangan biarkan mereka bersorak dan berpesta kemenangan di atas kesilapan yang kita lakukan..
Semuanya patut mendengar nasihat Mursyidul Am TGNA atas dasar pengalaman beliau yang cukup pedih ketika PAS ditendang keluar setelah bersama perikatan…
Hentikan segeraSegala kenyataan menyokong UG..
Sekian, Terima Kasih.
Yang Benar
t.t
Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman,
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan
No comments
Post a Comment