fuh...MSO masuk tb3? kahkahkah
Jarang sekali antara waktu maghrib dan isyak di malam Jumaat seperti ini saya berada di rumah. Tapi hari ini saya ditakdirkan Allah berada di rumah. Sempat pula menonton siaran berita TV3. Dan tiba-tiba terpacul keluar wajah seseorang yang begitu popular akhir-akhir ini di kaca TV3 yang depa gelar TV3 Suku itu. Ya, MSO di kaca TV3 Suku!!
Oh, rupanya TV3 memberi wira kita ini penghormatan besar sebagai tamunya! Maka berjela-jelalah MSO bercakap mengenai muktamar PAS ke-55 yang akan bermula esok. Bukan berjela-jela bercakap mengenai masa depan PAS atau memberi komen secara objektif terhadap perjuangan PAS, tapi mengutuk satu pihak yang tidak disenanginya dalam PAS. Walaupun dia tidak menyebut nama pihak yang diserangnya yang bakal bertanding sebagai Timbalan Presiden itu, tapi siapa yang mendengarnya tahu kepada siapa pistol MSO dihalakan. Satu pihak lagi pula dijulangnya tinggi melangit!
Komennya yang agak pedas itu seolah-olah menampakkan pemimpin-pemimpin PAS kini sedang bertarung hebat dan penuh muslihat untuk merebut kuasa, sebiji macam ketua-ketua Umno berperang berebut jawatan dalam Persidangan Agung Umno.
Apapun, tahniah kepada MSO yang malam ini menjadi tetamu TV3. Hebat benar MSO, tidak cukup dengan blognya, media yang sering membawa berita palsu itu dijadikan medium untuknya melempiaskan dendam kepada seseorang itu. Bukan senang hendak menjadi tetamu stesen TV yang digelar TV3 Suku itu. Biasanya hanya mereka yang dalam kategori 3 suku sahaja menjadi tetamu TV3 Suku, tapi malam ini MSO pula tetamunya. Kesian sungguh MSO!
http://pendikargunung.blogspot.com/

No comments
Post a Comment