Hapuskan golongan Islam Liberal dalam PKR?




Assalamualaikum,

Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini telah dicengkam dengan fahaman Islam Liberal yang dibawa masuk secara senyap oleh kelompok tertentu dan bernaung dibawah Institut Kajian Dasar (IKD). Mereka ditaja oleh satu yayasan pro-Yahudi iaitu Konrad Adenauer Foundation yang berpangkalan di Jerman.

Selepas JIM membiarkan PKR terkapai-kapai, kelompok Islam Liberal ini telah masuk dan 'take over' kepimpinan PKR hinggakan Anwar Ibrahim sendiri hilang kawalan (lost control) terhadap kelompok yang sangat ramai ini.

Fahaman Islam Liberal sangat merbahaya kerana mereka telah menyimpang jauh daripada akidah Islam. Mereka secara terang menghina Al-Quran dan mengatakan Al-Quran ketinggalan zaman. Mereka cuba mengharamkan poligami, pemakaian tudung dianggap jumud, malahan mereka menghina Nabi Muhammad SAW dengan pelbagai tohmahan.

Contoh paling mudah kelompok Islam Liberal ini ialah Sister In Islam (SIS). Mufti Perak sendiri dalam satu ceramah mengatakan bahawa golongan ini telah terkeluar daripada ajaran Islam a.k.a SESAT. Sebab itu PAS dalam Muktamar Tahunan ke-55 telah meluluskan usul untuk mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan dan negeri-negeri mengharamkan kelompok Islam Liberal ini khususnya SIS.

Apa gerakan Islam perlu buat ?

PKR yang dikuasai kelompok Islam Liberal ini jelas tidak senang dengan cadangan PAS itu. Maka pemimpin PKR yang berfahaman Islam Liberal seperti Mustapa Kamil Ayub, Khalid Jaafar cuba mempersoalkan tindakan PAS ini.

Gerakan Islam perlu 'take over' PKR daripada kelompok sesat ini. Kelompok Islam Liberal ini adalah syaitan bertopengkan manusia. Mereka perlu dihapuskan secara 'total'. Langkah pertama yang perlu diambil ialah dengan menyingkirkan mereka daripada PKR.

Oleh itu, gerekan Islam seperti ABIM, ISMA, GAMIS, TERAS dan sebagainya harus menghantar orang-orang mereka masuk beramai-ramai ke dalam PKR dan mengambil alih kepimpinan PKR dalam Pemilihan Pemimpin PKR yang akan datang kelak.

Anwar Ibrahim perlu dibantu dalam menghadapi kelompok Islam Liberal ini kerana pada masa sekarang beliau hanya berdua sahaja dengan Wan Azizah menghadapi kelompok syaitan dalam PKR ini.

Tindakan mesti dilakukan dengan segera agar perjuangan PKR tidak tersasar jauh daripada matlamat asal penubuhannya. Semoga Allah bersama gerakan Islam....Wallahualam


http://marul77.blogspot.com/

No comments

Powered by Blogger.