Kerajaan Perpaduan atau PAS di PKR kan?

Salam Sejahtera,

Akhir-akhir ini BT rasa kurang selesa dengan isu-isu dalaman PAS yang riuh rendah sibuk diperkatakan..Sedikit sebanyak ia akan menjejaskan nama baik PAS itu sendiri. Pada Persidangan muktamar yang lepas, TGHA sekali lagi menerangkan kepada perwakilan tentang kerajaan Perpaduan (Unity Government ). TGNA pula kata tidak mungkin kepada wujudnya Kerajaan Perpaduan. Perbezaan pendapat antara 2 pimpinan tertinggi PAS ini akan dapat menggambarkan kepada kita semua yang kepimpinan tertinggi dalam PAS masih ada percanggahan pendapat yang sepatutnya tidak berlarutan begitu lama. Ini tidak baik kepada sesebuah parti yang sedang diterima umum.

Sejak kecohnya isu 'kerja bodoh dalam PAS' oleh Ustaz Nik Abduh timbul pula bisik-bisik mengatakan ada gerakan dalaman dalam PAS untuk mem PKRkan PAS. Betulkah? Siapakah individu yang diperkatakan itu? Apakah sudah jelas PAS mengutamakan Ulamak dalam melaksanakan kepimpinan dalam sebuah kerajaan. Jadi tiada timbul soal Liberalisasi dalam PAS. BT tidak ambil pusing tentang siapa yang menang dalam pemilihan timbalan presiden PAS cuma apa yang dirasakan penting untuk BT fikirkan ialah ketelusan dalam pemilihan serta PAS memerlukan pemimpin yang betul-betul dapat memimpin kejalan Allah dan bukanya pemimpin yang ada kepentingan duniawi lebih berbanding ukhrawi.

Apa yang pasti PAS tidak perlu sekali-kali bersatu dibawah payung Umno / BN. Apa yang penting disini ialah untuk menubuhkan sebuah kerajaan perpaduan sistem undang-undang dan perlembagaan yang digunapakai sekarang dirombak dan membuang sepenuhnya sistem yang digunapakai sejak turun temurun oleh kapitalis british dan kuasa 'penuh' yang dimiliki oleh perdana menteri atau presiden bukanlah kuasa mutlak ianya perlulah melalui majlis syura sebelum segala arahan dapat dipertimbangkan.

Demi kepentingan agama PAS jangan sekali-kali tunduk dengan agenda mana-mana gerakan yang sekian lama menjadikan British sebagai idola mereka. Kita jangan lupa sejarah bagaimana british pernah menghapuskan pejuang-pejuang melayu seperti Tok Janggut dan pejuang-pejuang melayu yang lain..

Dan jangan juga lupa...

Sejarah dicipta oleh orang yang menang... Dan orang yang kalah bukan bererti salah...

http://www.basikaltua.com/

No comments

Powered by Blogger.