KERAJAAN PERPADUAN MENURUT SHAHIDAN KASSIM & UMNO

Malam tadi dalam Rancangan Agenda Awani sangat menarik membincangkan tentang Kerajaan Perpaduan antara ahli Panel Sdr norizan shariff, Dr mujahid Yusof Rawa & Dato’ Seri Shahidan Kassim apa yang menariknya seorang ahli panel yang berada ditalian Dato Ibrahim Ali dan dipengerusikan oleh Sdr Suhaimi.

Ketiga-tiga ahli Panel mengemukan pandangan dan kritikan masing-masing, ada pro dan con tak kurang juga yang berlagak macam tahu tapi sebenarnya langsung tak tahu apa-apa. Bila dilontarkan satu soalan pada Sdr Norizan tentang Kerajaan Perpaduan beliau menjelaskan perlunya melibatkan semua bukan tertumpu pada Pas dan Umno sahaja, Mic, Mca, Pkr & Dap, berbeza pula dengan pandangan seorang Yb yang terlalu taksub dengan kemelayuannya. Sapa lagi kalau bukan ahli Parlimen Pasir Mas beliau berpandangan kerjasama itu perlu ditumpukan kepada Pas dan Umno sahaja sebab untuk permulaan kita perlu memperkukuhkan bangsa Melayu, nampaknya dia masih lagi seperti orang tidak ikut perkembangan semasa lupakah peristiwa 13 mei. Bukankah Pas pernah berada didalam Bn satu ketika dulu, alasan yang sama juga diberi tapi akhirnya siapa yang dikhianati? Pas telah di keluarkan oleh Bn. Alasan yang selalu digunakan oleh puak-puak ini “ buang yang keruh ambil yang jernih “ Pas dalam satu kenyataan dari Setiausha Agungnnya meraka bersetuju dengan Kerajaan Perpaduan tapi mesti melibatkan Parti Kompenen dalam Pakatan Rakyat.

Dr Mujahid sendiri menegaskan bahawa Pas bersedia untuk berbincang dengan Bn tentang Kerajaan Perpaduan tapi pandangan ini disifatkan dari kaca mata orang bahawahan. Tiba-tiba seorang ahli Panel mengeluarkan satu ayat Al-quran berkaitan dengan soal Perpaduan surah An-anfal ayat 61, dia keluarkan terjemahan sahaja siapa lagi, kalau bukan orang yang sangat rapat dengan mantan mufti Pelis Dato’ Seri Shahidan kassim bukan itu sahaja siap dengan hujah-hujah daripada hadis Rasulullah. Bukan menyindir atau menghukum tidakah dia baca terjemahan surah annfal sampai ayat 62, apa yang diceritakan disitu? Dalam tafsir Al-Jalalain yang dikarang oleh sheikh Jalaluddin Muhammad Ahmad Muhaili & sheikh Jalaluddin Abdul Rahman Sayuti Beliau menjelaskan maksud ayat Annfal ayat 61 & 62:-

Dan jika mereka condong cenderung kepada perdamaian maka condonglah kepdanya adakanlah perjanjian dengan mereka untuk itu dan bertawakallah kepada Allah Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengehtaui 61 (ayat ini diturunkan berkenaan dengan orang-orang Yahudi Bani Quraizah)

Dan jika mereka bermaksud hendak menipumu dengan cara berdamai , kemudian mereka bersiap-siap untuk menyerangmu maka sesungguhnya cukuplah Allah bagi mu. Dialah yang memperkuatkanmu dengan pertolongan-Nya dan dengan orang-orang beriman 62

kepada Shahidan sekiranya nak berhujah dengan Al-Quran, berhujahlah betul-betul kerana Allah. Sebab bila berkaitan dengan ayat-ayat Allah perlu dijelaskan secara terpeinci bukannya main rasa-rasa boleh mngelirukan orang yang mendengar, ingat kamu itu pemimipin, jadilah pemimpin yang benar-benar memimpin.


alhelmi 2009

No comments

Powered by Blogger.