Ketua Hakim Negara Dahului Senarai Penerima Pingat Dan Darjah Kebesaran




KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Ketua Hakim Negara Tan Sri Zaki Tun Azmi mengetuai senarai 1,849 orang penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini.

Beliau menerima anugerah Seri Setia Mahkota Malaysia (SSM) yang membawa gelaran Tun.

Turut menerima anugerah yang sama ialah Allahyarham isteri bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad badawi, Datin Seri Endon Mahmood.

Seramai 44 orang mendapat gelaran Tan Sri manakala jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei diberi anugerah Darjah Bakti, yang mempunyai kedudukan kekananan yang tinggi walaupun tidak membawa sebarang gelaran kepada penerimanya.

Daripada 44 orang penerima Tan Sri, tiga orang menerima Panglima Mangku Negara (PMN). Mereka ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting dan bekas menteri dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Seramai 41 orang lagi menerima Panglima Setia Mahkota (PSM) yang juga membawa gelaran Tan Sri. Mereka terdiri daripada Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Aziz Mohamad, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Faizah Mohd Tahir, Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Bentara Istana Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman, mantan Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Mohd Yusof Hitam.

Ketua Hakim Syarie Datuk Ibrahim Lembut, Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom, Mufti Kerajaan Negeri Perak Datuk Seri Harussani Zakaria, Hakim Besar Malaya Datuk Arifin Zakaria.

Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Datuk Seri Prof Dr Ibrahim Abu Shah, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Datuk Dr Sharifah Hapsah Syed Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Datuk Azlan Mohd Zainol, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Datuk Seri Zarinah Sameehah Anwar, Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Weststar LDV Sdn Bhd Datuk Seri Syed Azman Syed Ibrahim.

Pengerusi Wawasan Gunung Emas Sdn Bhd Brig Jen Datuk Liew Yun Fah,Pengarah Urusan Kumpulan Mah Sing Berhad Datuk Seri Leong Hoy Kum, Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) Datuk Mustafa Mansur, Perunding TropBio Forest Sdn Bhd Datuk Seri Salleh Mohd Nor, Presiden Malaysian Medical Relief Society (MERCY) Datuk Dr Jemilah Mahmood, Tokoh Agama Datuk Hassan Azhari.

Pengerusi Mont' Kiara International School Datuk Tan Ming Swee, Pengerusi Eksekutif Beneton Properties Datuk Chan Sau Lai dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airports Holdings Berhad Datuk Seri Bashir Ahmad Abdul Majid. engarah Eksekutif Star Publication Datuk Seri Kamal Mohamad Hashim, Pengarah Khazanah Nasional Berhad Datuk Seri Arshad Raja Tun Uda.

Pengarah Urusan Duta Land Bhd Datuk Yap Yong Seong, Pengerusi Godrej (M) Sdn Bhd Datuk Gurdial Singh Gill, Pengerusi Syarikat Waz Lian Group Datuk Ta Kin Yan, Pengarah Urusan Raub Oil Sdn Bhd Datuk Kam Woon Wah, Pesuruhjaya Polis Brunei Pehin Datuk Paduka Seri Zainuddin Jailani (Kehormat), Setiausaha Agung Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) Prof Ekmeleddin Ihsanoglu (Kehormat), Pengarah Presiden PT Rajawali Corporation Peter Sondakh (Kehormat), Pengarah Eksekutif National Aerospace and Defence Industries Jen (B) Datuk Seri Mohd Shahrom Nordin.

Pengarah Urusan Boustead Laksamana Madya (B) Datuk Seri Ahmad Ramli Mohd Nor, Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Seri Abdul Aziz Jaafar, Anggota Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) cawangan Miri Datuk Lau Hieng Wui, Ketua Umno Bahagian Sandakan Datuk Seri Panglima Ampong Puyon, Penasihat Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Datuk Seri Herman Luping, Penaung MCA Pusat Datuk Lim Bah, anggota MCA Datuk Lim Kang Yew, anggota MIC Datuk K.Ravindran dan bekas menteri penerangan

Seramai 40 orang menerima Panglima Jasa Negara (PJN) manakala tiga menerima Panglima Setia Di Raja (PSD), kedua-duanya membawa gelaran Datuk.

Mereka yang menerima PJN ialah Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Datuk Normah Md Yusof, Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Kabinet Datuk Md Mukhtar Boerhannoeddin, Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Gopal Sri Ram, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd Zain Mohd Dom, Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusoff, Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Vincent Ng Kim Khoay.

Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam (IKIM) Malaysia Nik Moustpha Nik Hassan, Ketua Eksekutif Bank Simpanan Nasional Adinan Maning, Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia Datuk Mohd Basri Wahid, Profesor UiTM (Kontrak) Prof Dr Shad Saleem Faruqui, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Multimedia Datuk Mohd Badlisham Ghazali, Datuk Dr Choo Yuen May dari Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Ketua Pengarah Eksekutif MMC Hasni Harun, Naib Presiden Petronas (Urusniaga Gas) Wan Zulkiflee Wan Ariffin, Naib Presiden Petronas (Kewangan) Manharlal a/l Ratilal.

Bekas pemain bola sepak kebangsaan Datuk Abdul Ghani Minhat, kartunis Persatuan Pelukis Datuk Mohamad Nor Khalid (Lat), Prof Dr Mohamad Mackeen Abdul Majid, Ahli Majlis Tertinggi Dewan Perdagangan Islam Malaysia Ilani Isahak, Pengarah Eksekutif Securiforce Group Shaheen Chugtai Mirza Habib Jan, Pengarah Eksekutif Innovation Association Datuk Dr Md Hamzah Md Kassim, Pengerusi Lembaga Pengurusan International Multilateral Partnership Against Cyber Terrorism Mohd Noor Amin Mohd Noor Khan, Perunding Deloitte Malaysia Nik Azman Mohamed Zain, Pengarah Urusan DD Plantation Yee Ming Seng, Pengarah Urusan Syarikat Soon Chang Hiang Sdn Bhd Yii Ming Tang, Panglima Medan Tentera Darat Lt Jen Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Ketua Pengarah ATM Lt Jen, Datuk Dr Sulaiman Abdullah, Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Mohammed Noordin Ali, Mej Jen (B) Abdul Rahman Khamis, Mej Jen (B) Lai Chung Wah, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman Datuk Hussin Ismail, Pengarah Jabatan Logistik, Bukit Aman Datuk Mashuri Zainal, Penolong Setiausaha Agung SUPP Lee Kim Shin, Setiausaha Agung Parti Rakyat Sarawak (PRS) Wilfred Rata Nissom.

Senator Osman Bungsu, Ketua Umno Tumpat Datuk Noor Zahidi Omar, Ahli Panel Lembaga Disiplin Umno Datuk Zihin Mohd Hassan, Anggota Kelab Senator Malaysia Siw Chun a/p Eam, anggota MIC Thamby Raja A.T.Rajah dan Anggota Parlimen Sarawak Norah Abd Rahman.

Mereka yang menerima Panglima Setia Diraja (PSD) pula ialah Penolong Setiausaha Majlis Raja-raja Datuk Sabtu Awam@Awap, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil, Juruiring Darat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Brig Jen Datuk Adnan Abu Bakar dan Panglima 12 Briged ATM Brig Jen Datuk Mohd Zaki Mokhtar.

Sementara itu 43 orang menerima Johan Mangku Negara (JMN), 90 orang menerima Johan Setia Mahkota (JSM), seorang menerima Johan Setia Di Raja (JSD), 350 orang menerima Kesatria Mangku Negara (KMN), 10 orang menerima Kesatria Seri Di Raja (KSD), 539 orang menerima Ahli Mangku Negara (AMN), 716 orang menerima Pingat Pangkuan Negara (PPN) dan sembilan orang menerima Bentara Setia Di Raja (BSD).

-- BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.