mee segera manek urai buatan umno!

Labels: Aktiviti MAFREL
MAFREL Kelantan telah menjalankan pemantauan awal di kawasan Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Manik Urai pada 16 Jun 2009 bertempat di 8 buah Unit Peti Undi (UPU) Sungai Sok, Chuchoh Puteri, Lata Rex, Lakloh, Manjor, Manik Urai Luar, Manik Urai Dalam dan Sungai Perial. Hasil daripada pemantauan awal, jelas berlaku salah laku dan etika melanggar Pilihanraya. Berberapa gambar dibawah menunjukkan salah guna kuasa agensi kerajaan persekutuan bagi menjalankan projek sempena PRK Manik Urai, Kelantan.

GAMBAR


PENERANGAN


LOKASI/UPU


TARIKH


AGENSI TERLIBAT




Membina dan menyiapkan 2 blok bangunan sekolah empat tingkat dan kerja berkaitan di Sek. Chuchoh Puteri, Kuala Krai, KELANTAN.


Chuchoh Puteri, DUN Manik Urai


4 Feb 2009 – 22 Jun 2010


Jabatan Kerja Raya (JKR)

Kota Wangsa Bina (M) Sdn Bhd



Projek ubahsuai dan naiktaraf rendah, menengah dan sokongan pendidikan secara requesition di Sekolah Kebangsaan Lakloh, Kuala Krai, KELANTAN.


Lakloh

DUN Manik Urai


14 April 2009 – 10 Jun 2009


Kementerian Pelajaran Malaysia



Program Khidmat Penyayang Bersama Penerima Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Ybhgia Dato’ Saripuddin Kasim

Timbalan Ketua Setiausaha

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat.


Kawasan Lakloh

Kawasan Manik Urai Lama

Kawasan Chuchoh Puteri B

DUN Manik Urai


17 Jun 2009


Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan

Jabatan Kebajikan Masyarakat Jajahan Kuala Krai



Kerja-kerja menghampar crusher jalan kawasan pertanian (Jalan Pak Leh) serta kerja-kerja, berkaitan di Chuchoh Puteri B, Kuala Krai, Kelantan


Kawasan Chuchoh Puteri B, DUN Manik Urai


8 April hingga 8 Jun 2009


KESEDAR ( Pengarah Unit JKR Kesedar)

JMI Jaya Enterprise



Kerja-kerja membaikpulih jalan tar lama ke Bukit Sabah, serta kerja-kerja berkaitan di Sg Sok, Kuala Krai, Kelantan


Kawasan Sungai Sok, DUN Manik Urai


8 April hingga 8 Jun 2009


KESEDAR ( Pengarah Unit JKR Kesedar)

Saraan Bistari Trading



Membina dan menyiapkan 2 blok bangunan sekolah empat tingkat dan kerja berkaitan di Sek. Kebangsaan Karangan, Kuala Krai, KELANTAN.


Kg. Karangan, Kuala Krai, KELANTAN.


4 Febuari 2009 hingga 22 Jun 2010


Jabatan Kerja Raya Kuala Krai

Jati Estetika Sdn Bhd



Membina dan menaik taraf longkang, jalan jambatan, dewan serbaguna dan lain-lain



Kg Baru Manik Urai

DUN Manik Urai


-


Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Bahagian Kemajuan Perkampungan)




Membina dan menaik taraf longkang, jalan jambatan, dewan serbaguna dan lain-lain



Kg Baru Lakloh

DUN Manik Urai


-


Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Bahagian Kemajuan Perkampungan)


KESIMPULAN

Istilah Projek ’Mee Segera’ adalah istilah yang dipopularkan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia sewaktu berkempen di Pilihanraya Kecil Bukit Gantang. Ia adalah janji PM untuk tidak melaksanakan projek ’mee segera’ dalam mana-mana Pilihanraya yang disertai oleh Barisan Nasional.


Daripada pemantauan awal yang dilakukan oleh Pemerhati MAFREL, jelas berlaku projek ’mee segera’ di dalam Pilihanraya Kecil DUN Manik Urai, Kuala Krai, Kelantan. Tempoh projek tersebut adalah bermula dari 4 April 2009 hingga 22 Jun 2010. Kepadatan aktiviti berdasarkan tarikh adalah amat padat sewaktu tempoh berberapa hari bermulanya tempoh Penamaan Calon iaitu 6 Julai 2009 hingga tempoh masa Hari Pengundian di PRK Manik Urai.


Berberapa agensi Kerajaan telah dikenal pasti terlibat secara langsung dalam projek ’mee segera’ ialah;-


* Jabatan Kerja Raya

* KESEDAR

* Jabatan Kebajikan Masyarakat

* Kementerian Pelajaran Malaysia

* Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan


Program dan aktiviti kempen awal banyak tertumpu berhampiran Pusat Pengundian. Sasaran program projek ’mee segera’ adalah banyak tertumpu kepada;-

* Pelajar sekolah rendah dan menengah – ibu bapa

* Penerima skim bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat – individu yang berpendapatan rendah dan ibu tunggal.

* Penduduk di kawasan pendalaman


Maka daripada bukti bergambar di atas, dapat disimpulkan bahawa telah berlaku projek ’mee segera’ di kawasan Pilihanraya Manik Urai dan dijangkakan lebih banyak lagi projek-projek ’mee segera’ yang akan dilaksanakan semasa Tempoh Kempen bermula, iaitu selepas 6 Julai 2009.


Justeru itu, MAFREL mengesa agar pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) mengetatkan lagi pengusaan Peraturan Pilihanraya yang diluluskan oleh Kabinet Malaysia semaksimum yang boleh bagi memastikan wujudnya ’padang sama rata’ bagi setiap parti politik yang bertanding.


MAFREL Kelantan

www.mafrel-kelantan.blogspot.com

No comments

Powered by Blogger.