Melepaskan Diri Dari Cengkaman Gangguan Sihir & Jin
http://berjalandanmelihat-perubatanislam.blogspot.com/
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Tuan2 & Puan2,
Saya cuba sedaya upaya untuk berkongsi tentang kaifiat (cara pelaksanaan) solat2 seperti perbincangan sebelum ini, bagaimanapun masa sangat mencemburui kita. Asyik tertangguh2.. Maka saya sambung perbincangan dengan zikir pagi & petang
Amalan Zikir Pagi & Petang
Tuan2 & Puan2,
Rasulullah s.a.w. , seorang nabi dan Rasul, juga berzikir pagi & petang, maka kita sebagai seorang muslim, haruslah lebih2 lagi mengikut apa yg di anjurkan oleh Rasulullah.. Lebih2 lagi, didalam sebuah hadith qudsi, lebih kurang bermaksud begini
Allah Ta’ala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hambaKu kepadaKu, Aku bersamanya (dengan ilmu dan rahmat) bila dia ingat Aku. Jika dia mengingatKu dalam dirinya, Aku mengingatnya dalam diriKu. Jika dia menyebut namaKu dalam suatu perkumpulan, Aku menyebutnya dalam perkumpulan yang lebih baik dari mereka. Bila dia mendekat kepadaKu sejengkal, Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepadaKu sehasta, Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepadaKu dengan berjalan (biasa), maka Aku mendatanginya dengan berjalan cepat”.(HR. Al-Bukhari 8/171 dan Muslim 4/2061. Lafazh hadits ini riwayat Al-Bukhari.)
Terlalu banyak himpunan zikir pagi & petang, maka tuan2 dan puan2 boleh mendapatkannya di pasaran. Sudah banyak buku yang ditulis mengenai zikir, surah2 atau ayat2 khusus. Bagaimanapun di blog ini saya ingin berkongsi dengan 3 kumpulan zikir pagi & petang, mudah-mudahan mendatangkan kebaikan kepada tuan2 dan puan2 didalam usaha kita untuk berlindung kepada Allah dan melepaskan diri dari cengkaman gangguan sihir dan jin, insyaAllah.
Sebagaimana yang ditegaskan, ada amalan yang panjang dan ada juga amalan yang pendek. Maka tuan2 dan puan2, pilihlah amalan yang bersederhana pada tuan2 dan puan2. Jika amalan yang terpanjang itu pada tuan2 dan puan2 sederhana, maka amalkanlah yang terpanjang. Usahakanlah supaya zikir itu bertambah setiap hari2.
Guru saya berpesan,
biarlah kita beramal sehingga kita rasa amalan yang banyak itu sedikit.
Al-Mathurat
Al-Mathurat tidaklah asing pada masyarakat Malaysia, dimana boleh dikatakan hampir semua pelajar sekolah agama mempunyai risalah Al-Mathurat. Malah ahli2 ABIM dan HPA juga digalakkan beramal dengan Al-Mathurat.
Al-Mathurat di karang oleh Imam Hassan Al-Banna, sebagai suatu persiapan rohani, terutamanya dikalangan ahli Ikhwanul Muslimin. Al-Mathurat ialah gabungan zikir-zikir nabi yang sohih, walaupun terdapat komentar mengenainya, tetapi ianya masih lagi tergolong dalam zikir yang baik
Hisnul Muslim (Benteng Muslim)
Hisnul Muslim merupakan sebuah kitab atau buku yang ditulis oleh Syeikh Sa'id Ali Bin Wahaf Al-Qahtani, merupakan antara kitab yang syumul, lebih mudah dan lebih sahih, yang menunjukkan kepada zikrullah.
Kelebihan kitab ini, ialah setiap satu amalan itu, ada dibuat rujukan sumber hadithnya (eg 2/212 Sohih Bukhari, 3/212 Sohih Muslim)Boleh dikatakan kitab kecil ini, hampir-hampir tidak ada sebuah rumah yang tidak ada padanya kitab ini di tanah arab. Malah kitab ini diterjemahkan kepada pelbagai bahasa antarabangsa, termasuklah bahasa melayu.
Aurad 11 Amalan Zikir Pagi & Petang
Aurad bererti kumpulan wirid. Disini saya ingin berkongsi amalan yang saya dapat dari Syeikh Fuad Kamaluddin Al-Maliki, penasihat yayasan sofa. Terdapat 11 wirid kesemuanya didalam Aurad ini.
Menurut beliau, amalan2 ini dianjurkan oleh Al-Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali sepertimana tercatat didalam dua kitab beliau iaitu Bidayatul Hidayah dan Ihya Ulum Ad-Din: 10 wirid yang pertama diambil dari Kitab Bidayatul Hidayah manakala 1 wirid yang terakhir diambil dari kitab Ihya Ulum Ad-Din.
Menariknya lagi, amalan ini diambil bersanad, bererti bersambung salasilahnya hingga kepada Imam Al-Ghazali. Siapa nak sanad ini, jumpalah sendiri Syeikh Fuad :D Saya rasa tak dhaif, x layak nak sambungkan sanad ni...
InsyaAllah saya akan pamerkan link kepada zikir pagi & petang ini di bahagian kanan blog ini dalam masa terdekat, insyaAllah

Seperti yang dijanjikan, inilah dia link kepada zikir-zikir pagi dan petang.
Maaf kerana telah 2 hari saya cuba mengupload di savefile.com, nampaknya servernya menghadapi masalah. Akhirnya saya mengubah di mediafire.com
Zikir Pagi & Petang
Al-Mathurat
Hisnul Muslim
Aurad Dari Bidayatul Hidayah & Ihya Ulumuddin

No comments
Post a Comment