penting ke kerajaan perpaduan dengan umno?
Kerajaan Perpaduan bersama UMNO lebih penting bagi kita !
Jika kita terus bercakap tentang Kerajaan Perpaduan, kita harus berani berdiri sendiri. Pedulikan DAP dan PKR yang tidak bersetuju dengan konsep Kerajaan Perpaduan. Kita teruskan usaha berbicang dengan UMNO kerana kita yakin UMNO akan begitu mudah faham dan terima konsep Kerajaan Perpaduan cadangan kita itu berbanding PKR dan DAP. Kita harus yakin yang kita boleh memerintah Malaysia dengan berkawan politik dengan UMNO/BN lebih baik dari apa yang kita dapat dari Pakatan Rakyat!
Kita harus berani menegur Lim Kit Siang yang mengatakan, buat pertama kali Pakatan Rakyat telah menghadapi krisis keyakinan kerana konsep Kerajaan Perpaduan yang PAS cadangkan itu. Kita harus berani menegur sikap Lim Kit Siang kerana kita adalah parti yang mampu berdiri sendiri. Apalah pentingnya parti Lim Kit Siang dalam Kerajaan Perpaduan berbanding Najib seorang Perdana Menteri ! Kita pun sudah menyampah dengan Anwar Ibrahim yang hanya tahu membuat janji berbanding Najib seorang Perdana Menteri !
Kita harus berani mengatakan bahawa Kerajaan Perpaduan yang kita cadangkan itu sebenarnya turut dipersetujui oleh semua ahli, Dewan-dewan terutama Dewan Muslimat dan juga Kelab Penyokong PAS atau kita harus berani mengatakan pedulikan sikap mereka yang menentang dan tidak bersetuju kerana mereka dasar ahli yang tidak setia jemaah. Mereka itu tidak penting berbanding konsep Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan oleh kita.
Kita harus berani mengatakan segera kepada mereka yang menentang konsep Kerajaan Perpaduan bahawa kita sanggup mengambil apa juga risiko politik kerana mempertahankan cadangan Kerajaan Perpaduan kita itu. Yang penting bagi kita sekarang ialah Kerajaan Perpaduan bersama UMNO yang banyak melukakan kita berbanding Kerajaan Pakatan Rakyat yang hanya memberi kita Kedah dan Kelantan. Kita perlu mendapat lebih banyak dari itu melalui Kerajaan Perpaduan dan kita yakin kita akan berjaya berdiri seiring sebelah UMNO! Pedulikan mereka yang menentang, mereka keras kepala..... mereka itu sudah tidak penting lagi !!
http://garamlada.blogspot.com/
No comments
Post a Comment