Poster Tak Penting, Orang Lebih Penting
Media melaporkan bahawa poster Abdul Hadi tidak akan dipasang sempena PRK Manek Urai. Motifnya ialah untuk menjadikan pilihanraya itu bersifat keKelantanan dan bukan keMalaysiaan. Pilihanraya ini adalah pilihanraya Kelantan dan bukan pilihanraya Malaysia. (Baca sini)
Macam kata Ketua Penerangan Umno, Manik Urai tidak menjejaskan kerajaan Pas Kelantan walau pun BN menang. Namun begitu, pertimbangan Pas pula, pilihanraya ini adalah maruah. Kalau Pas kalah, tocang Umno menyacak semula.
Walau pun tindakan itu akan mengundang pelbagai persepsi negatif terhadap Pas ketika kehangatan isu UG, kemenangan di Manik Urai adalah lebih penting. Umno pasti akan memanipulasi isu tiada poster Abdul Hadi ini.
Saya yakin Presiden Pas tidak kisah sangat dengan semua itu. Baginya dan bagi orang Pas semuanya, apa yang penting ialah Pas berjaya mempertahankan kerusi itu.
Saya percaya bukan sekadar poster Abdul Hadi tidak akan dinaikkan bahkan poster Anwar Ibrahim juga. Kalau poster Anwar dinaikkan dan poster Abdul Hadi sebaliknya, makin lebih gegaklah Umno memainkan isu krisis dalam Pas angkara UG ini.
Seperti Abdul Hadi, Anwar juga membawa imej keMalaysiaan.
Abdul Hadi tetap akan berada di Manik Urai walau pun tanpa posternya. Kehadirannya lebih penting daripada posternya. Orang bukan nak perhati sangat posternya tetapi orang ingin mendengar idea dan hujahnya.
Ada poster tanpa orang tidak membawa kesan besar sangat berbanding ada orang walau pun tanpa poster. Itu adalah lebih berkesan. Idea UG yang dilontarkan Abdul Hadi rasanya tidak menjadikan dia busuk dan kotor sangat pada pandangan pengundi di Manik Urai.
Orang Manik Urai diyakini tetap senang dengan Abdul Hadi. Memang tak ternafi akan ada yang tidak senang dengannya kerana isu UG ini, namun orang yang tidak senang dengan Abdul Hadi boleh dikira boneka Umno juga. Kalau dia orang Pas, kemudian dia tidak senang dengan Abdul Hadi, maknanya dia hanya Pas ikut-ikutan.
Kalau Abdul Hadi tersilap sekali pun dalam isu UG ini, dia tetap Presiden Pas. Takkanlah orang Pas nak marahkan Abdul Hadi macam orang Umno marahkan Mahathir atau Abdullah Badawi. Abdul Hadi bukan Mahathir dan bukan Abdullah.
Kalau ada orang Pas marahkan Abdul Hadi macam orang Umno marahkan Mahathir dan Abdullah, orang Pas itu adalah boneka Umno.
Tapi kalau poster Abdul Hadi tidak dinaikkan dan Abdul Hadi juga tidak berada di Manik Urai, siap telingalah orang Pas untuk mendengar tin dan tong yang bakal diketuk Umno. Dunia akan bergegar dengan paluan Umno itu.
Dikirim Oleh Zolkharnain Abidin

No comments
Post a Comment