teruknya perangai maria tunku sabri?

Maria dibenar kemukakan semula saman mungkir janji kahwin

PUTRAJAYA: Personaliti TV3 Maria Tunku Sabri berjaya dalam rayuannya bagi mengemukakan semula saman terhadap seorang ahli perniagaan kerana didakwa melanggar perjanjian penyelesaian RM5.5 juta kerana memungkiri janji untuk berkahwin.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan terdiri Datuk Seri S.Augustine Paul, Datuk Hashim Yusoff dan Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusoff, memerintahkan agar kes itu didengar semula di Mahkamah Tinggi untuk pengurusan kes dan perbicaraan.

Tahun lepas, seorang penolong kanan pendaftar Mahkamah Tinggi, membatalkan saman itu dengan alasan kes itu adalah dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah kerana keduadua yang terlibat adalah orang Islam dan ia berhubung kait dengan perkahwinan.

Pada 2004, Maria, 39, pengacara program "Jalan-Jalan Cari Makan", memohon agar dikuatkuasakan perjanjian melibatkan janji oleh Datuk Wan Johani Wan Hussin, 56, untuk membayarnya RM5.5 juta kerana beliau (Maria) tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap ahli perniagaan itu kerana enggan mengahwininya seperti yang dijanjikan.

Dalam pembelaannya, Wan Johani, menafikan wujud sebarang kontrak, dan sebagai alternatifnya, berkata perjanjian itu tidak sah dan mempunyai unsur ugutan dan pujukan.

Maria dibenar merayu kepada Mahkamah Persekutuan selepas beliau gagal berbuat demikian di Mahkamah Rayuan, yang membuat keputusan pada 5 Ogos 2008, bahawa beliau tidak dapat menguatkuasakan perjanjian itu kerana ianya tidak sah mengikut Akta Kontrak memandangkan pada masa perjanjian itu dibuat, beliau masih menjadi isteri orang. BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.