Letak Jawatan Sahaja Menteri Kesihatan! Banyak Cakap Dari Buat Kerja!

Nasi sudah menjadi bubur. Akibat kegagalan membuat tindakan awal yang berkesan, setiap rakyat negara ini kini terdedah kepada virus yang cepat merebak, H1N1.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyelar sikap kerajaan yang lambat bertindak dalam menangani penularan wabak selsema influenza A H1N1 yang semakin kronik ketika ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai 16 Ogos lalu bahawa darurat kesihatan tidak boleh diisytihar sewenang-wenangnya walaupun Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini boleh dijangkiti virus tersebut.

Beliau bagaimanapun mengakui situasi wabak itu di negara ini adalah tenat.

Sehingga berita ini ditulis, sudah 64 orang terbunuh akibat serangan virus yang sangat mudah berjangkit ini. Setiap hari antara dua hingga tujuh orang dilaporkan meninggal di negara ini.

"Bagi saya dalam hal yang melibatkan keselamatan rakyat ini, tindakan kerajaan sangat perlahan dan kesilapan ini tidak boleh dipandang ringan,"ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

ImageBeliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, sikap kerajaan yang suka berdolak dalik dan menyembunyikan perkara sebenar dari pengetahuan rakyat juga menunjukkan kerajaan tidak mengendahkan permintaan rakyat yang semakin berasa tidak selamat dengan situasi sekarang.

Keengganan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan sidang parlimen khas bagi membentangkan kertas putih berkenaan isu ini juga tegasnya jelas menunjukkan kerajaan tidak bersedia menerima pandangan dari pihak lain terutamanya melibatkan Pakatan Rakyat.

"Ini bagi saya adalah satu sikap yang tidak wajar,"tegasnya lagi.

Sambil menyifatkan penularan virus ini seperti nasi sudah menjadi bubur, beliau berkata ianya semakin susah untuk dibendung memandangkan jangkitannya yang semakin meluas.

"Saya tidak faham apa lagi yang perlu ditunggu kerajaan sedangkan kes kematian semakin meningkat. Kalau nak tunggu keadaan jadi lebih buruk pun, akhirnya pengisytiharan darurat tetap perlu dibuat.

"Saya setuju jika kerajaan tak mahu isytihar darurat kalau mereka ambil tindakan yang berkesan dari awal lagi.Tapi sekarang dah tak boleh buat apa dah,"katanya.

Tambahnya, keadaan semakin membimbangkan apabila virus berkenaan boleh berjangkit di mana-mana sahaja termasuk di hospital dan pusat-pusat kesihatan.

"Kadang-kadang ada yang cuma demam biasa, tapi bila pergi periksa kesihatan di hospital, mereka terkena virus itu,"ujarnya.

Terbaru, wabak ini memakan dua lagi korban,seorang kanak-kanak lelaki 7 tahun dan seorang nenek, 74 tahun,menjadikan jumlah kematian sebanyak 64 kes.

384 kes baru yang dicatatkan ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,225 kes.

Selasa lepas, jumlah keseluruhan dicatat sebanyak 2,253 kes dengan 270 kes baru iaitu rekod tertinggi dalam satu hari pada waktu itu.

Pendedahan perangkaan terbaru itu menunjukkan peningkatan mendadak dan luar biasa, kira-kira 2,000 kes dalam tempoh seminggu.

Selepas Thailand, Malaysia adalah negara tertinggi di Asia Tenggara, angka korban akibat virus ini

No comments

Powered by Blogger.