LAIN PADANG LAIN BELALANG

ahmad zawawi

Penduduk Permatang Pasir bakal dihiburkan sepuas-puasnya dari hari ini hingga tengahmalam 24hb Ogos. Pada 25hb mereka akan tentukan sejauh mana benarnya janji-janji Pembangkang (BN) diDewan Undangan Negeri Pulau Pinang ini.

Pada hari ini (hari penamaan calun) sahaja kita sudah dengar kata-kata dari Pimpanan Wanita UMNO yang berjanji sekiranya Barisan Nasional memenangi Pilihanraya Kecil Permatang Pasir nasib penduduk-penduduk yang daif dikampong-kampong dalam kawasan akan dibela. Nada yang serupa pernah dicanangkan beliau semasa diManik Urai. Beliau juga membayangkan kekecewaannya yang kawasan ini telah diwakili oleh PAS selama tiga Penggal. Nampaknya cara pemimpin BN menabur janjipun berpilih-pilih. DiPenanti baru-baru ini walaupun terletak dalam kawasan Parlimen yang sama iaitu Permatang Pauh Parti UMNO/BN mengambil keputusan untuk mengabaikannya.

Saya suka ulangi perkara yang pernah saya tulis sempena Pilihanraya Kecil Manik Urai. Peruntukan-Peruntukan untuk membantu orang- orang miskin dan daif adalah dibawah kelolaan Kerajaan Federal. Bukankan bantuan-bantuan kemanusiaan ini perlu dimasa susah. Dimana logiknya Barisan kena menang dulu diKerusi Negeri itu baru orang-orang susah boleh dibantu. Nampaknya mereka terus-terusan aplikasikan budaya “Berbudi dan Berbahasa” bukan ” Yang Memerlu Didahulukan”.

Adalah dipercayai dalam beberapa hari lagi akan ada pula janji-janji nak bina jejambat menyeberang landasan keretapi dan Jambatan tambahan untuk menghubungi Georgetown. Dengan melafaskan semua janji-janji ini maka betullah sebagai dikata yang BN akan berkempen sebiji seperti diManik Urai.

Satu perkara yang jelas Permatang Pasir sama sekali berbeza dengan Manik Urai. Pola pengundinya bukan total satu kaum. Ada terdapat kurang lebih 25% pengundi bukan melayu. Kehendak-kehendak serta keperluan mereka ini sudah tentu berlainan. Disinilah yang saya maksudkan berbezanya Belalang dan Padang itu.

Kepada Parti PAS yang mewakili Pakatan Rakyat jangan terikut-ikut dengan rentak BN. Matlamat mereka ialah untuk mencapai keputusan yang serupa diManik Urai iaitu “kemenangan moral” sedangkan Parti PAS perlu meneruskan tugas-tugas yang belum sempat dibereskan oleh Allahyarham Datuk Hamdan. Jangan dihiraukan sangat cakap-cakap orang UMNO yang mengatakan pemimpin Pakatan bergeseran sesama sendiri kerana semua ini perkara biasa sahaja. Apakah Parti-Parti dalam komponen dalam BN ikut saja apa yang UMNO kata? Kita kerap juga mendengar MCA menuntut jawatan TPM. Dan baru semalam melalui berita TV Pemuda MIC minta tambahan Menteri Kabinet untuk MIC. Semasa BN memerintah Pulau Pinang kita tidak pernah dengarkah suara-suara yang mengatakan UMNOlah yang sepatutnya meneraju Penang? Meminjam kata orang-orang lama “Pantai mana tak dipukul ombak”. Jadi saranan kepada pengundi diPermatang Pasir supaya memberi kemenangan kepada BN bertujuan mengajar Pakatan Rakyat kerana “bergeser” sesama sendiri , apa pula kurangnya Barisan Nasional?

No comments

Powered by Blogger.