PINTU HATI DIKETUK LAGI

Pada 25 Ogos nanti sekali lagi masyarakat Permatang Pasir diminta menunaikan tanggungjawab. Memang benar mengundi kali ini adalah disebabkan kematian penyandangnya. Itu semua terjadi atas kehendak Penciptanya. Sebagai manusia yang telah bertamadun kita boleh permudahkan urusan mengisi kekosongan ini dengan tidak mengadakan sebarang pertandingan.

Semua pihak sepatutnya bersimpati dengan masyarakat setempat yang terpaksa menentukan yang mana satu perlu diberi keutamaan. Didalam masa yang singkat mereka terpaksa menyelesaikan 3 perkara besar. Persediaan jasmani juga spiritual tentang kedatangan Ramadhan, segala persiapan untuk anak isteri menjelang Hariraya dan meraikan kempen serta Membuang Undi.

Jika Perpaduan Ummah yang kita harap-harapkan dan kita juga ingin mengerjakan amal ibadat dibulan mulia ini dengan penuh harmoni, maka kita sebenarnya masih ada pilihan untuk mencapai hasrat itu. Kita perlu memberi kemenangan kepada Ustaz Salleh Man (Parti PAS) dihari Penamaan Calun. Lagipun tempoh Penggal inipun hanya berbaki separuh. Kita berikan beliau peluang untuk menyambung perkhidmatan yang ditinggalkan oleh Allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abd Rahman. Seruan ini juga perlu disambut oleh orang-orang yang menamakan diri mereka sebagai Bebas.

Selain daripada menzahirkan perpaduan, kita juga dapat menghindar diri dari risiko dijangkiti “selsema ….” yang sedang mengganas diseluruh dunia sekarang ini. Jangan jadikan sesiapa lagi sebagai sebahagian dari Statistik. Disamping mempermudahkan kerja-kerja Suruhanjaya Pilihanraya kita juga dapat menyelamatkan wang rakyat. Dan diakhirnya pintu-pintu hati pengundi berdaftar diPermatang Pasir tidak lagi terganggu.

http://ahmadzawawi.wordpress.com/

No comments

Powered by Blogger.